Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pertempuran Di Iraq: Hampir...

BAGHDAD : Pertempuran sengit antara tentera dan militia yang dikaitkan dengan kumpulan pemisah...

Hanyut ‘Dimamah’ Jambatan Di...

NEW DELHI - Sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka terbunuh apabila jambatan...

Wanita Ditahan Buang Pasu...

SEORANG wanita warga Singapura ditangkap kerana didapati membuang pasu bunga, papan kayu, jubin...

Cool! WhatsApp Dah Boleh...

APLIKASI yang memberikan seribu satu kemudahan kepada orang ramai, WhatsApp sejak akhir-akhir ini dilihat lebih...

Pertemuan Ketua Pasukan Petugas Khas 1MDB: Khalid Sedia Hadir

JOHOR BAHARU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menegaskan beliau bersedia untuk hadir apabila dipanggil pada pertemuan dengan ketua pasukan petugas khas yang bertanggungjawab menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid berkata beliau akan berhubung dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

“Tiada masalah apabila dipanggil, nanti saya akan hadir dan sesuai dengan masanya. Saya akan berhubung dengan Tan Sri Abu Kassim, saya tidak tahu siapa yang akan memulakan pertemuan itu,” katanya.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Inspektor kepada Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di sini, hari ini.


Semalam, Abu Kassim berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan ketua pasukan petugas khas yang bertanggungjawab menyiasat isu 1MDB dan mereka ialah Khalid; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Abu Kassim berkata pertemuan itu bagi mengaktifkan semula peranan pasukan petugas khas tersebut yang turut dianggotai SPRM dalam menyelesaikan hal berkaitan dengan 1MDB. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori