Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Selangor Terima Senarai...

TANJONG KARANG: UMNO Selangor sudah menerima senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan...

KFA Putus Tidak Lagi...

ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memutuskan tidak lagi menggunakan khidmat Liridon...

Gara-Gara Simbol 3 Jari...

Apex, salah satu syarikat panggung wayang di Thailand memutuskan tidak menayang sekuel filem...

BN Yakin Dapat Rampas...

GUA MUSANG : Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan...

Harga Minyak Tidak Diumum Awal Elak Pengusaha Kawal Jualan

LARUT – Kerajaan tidak akan mengumumkan perubahan harga minyak lebih awal kepada orang ramai bagi mengelak pengusaha minyak mengawal penjualan bahan api itu kepada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata pengumuman berkaitan harga baharu petrol dan diesel setiap bulan hanya akan dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada tengah malam pada setiap hujung bulan.

Katanya, kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Disember tahun lepas.

“Alhamdulillah selama beberapa bulan dapat diterima baik oleh banyak pihak. Saya mahu rakyat memahami kerana bukan mudah untuk selaraskan harga minyak. Ini adalah sesuatu yang kita buat untuk selaraskan dari segi peniaga dan pengguna.

“Sebagai contoh, jika semalam harga minyak dalam tangki RM2.05, esok harga minyak turun…. ini tidak adil kerana mereka sudah bayar mengikut kadar sebelum kita umumkan, begitu juga kalau harga minyak naik, tidak adil kepada pengguna kerana pengusaha minyak sudah tahu dari awal tetapi mereka tak nak jual minyak,” katanya.

Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Larut di Padang Majlis Daerah Selama pada Sabtu.


Beliau berkata pengumuman perubahan harga minyak sentiasa mengambil kira kepentingan pengusaha dan pengguna.

Harga petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi Oktober 2015 masing-masing naik 10 sen berbanding September, menjadikan harga semasa RON 95 di pam adalah RM2.05 seliter, RON 97 (RM2.45) dan diesel (RM1.90).

Terdahulu, Fiesta Larut yang berlangsung empat hari mulai Khamis lepas, menjadi platform KPDNKK menyalurkan maklumat dan peranannya kepada masyarakat sekeliling, dan antara agensi yang terlibat ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad, Bank Rakyat serta Maktab Koperasi Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori