Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Akta Kualiti Air Minum...

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan Akta Kualiti Air Minum (DWQA) tidak lama lagi,...

2 Calon PKR Gagal...

MALANG... PKR hari ini mungkin boleh cipta sejarah apabila beberapa calon ditolak Suruhanjaya...

Pengurusan Pusat Tahfiz Perlu...

KUANTAN - Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang Datuk Sulaiman Ahmad, berkata pembangunan...

Aplikasi Papar Gambar Peti...

SAMSUNG memperkenalkan satu aplikasi dating terbaharu dengan cara yang unik, dengan memaparkan gambar-gambar...

Perut Pesawat Airbus Gesel Pagar Lapangan Terbang

SAN JOSE (Costa Rica) – Sebuah pesawat dilaporkan terbang begitu rendah ketika mendarat hingga mengejutkan penumpang dan pemandu di jalan raya apabila turut menggesel pagar keselamatan lapangan terbang.

Malah, pesawat Airbus 340 itu begitu rendah sehingga ramai saksi mendakwa mereka dapat melihat dengan jelas bahagian bawah perut kapal terbang berkenaan.

Beberapa kediaman berhampiran dengan lapangan terbang tersebut juga dilaporkan bergegar berikutan kejadian pelik berkenaan, menurut media tempatan.

Insiden berlaku selepas pesawat Iberia itu yang tiba dari Madrid, Sepanyol terpaksa mengubah kaedah mendarat disebabkan tiupan angin ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santa Maria, Ahad lalu.

Kejadian itu kebetulan sempat dirakamkan beberapa penumpang serta saksi sebelum dimuat naik menerusi Internet.

Pemilik restoran berhampiran lapangan terbang, Francisco Portillo berkata: “Memang kejadian itu agak pelik. Ketika itu restoran saya dipenuhi ramai pelanggan.

“Rata-rata kami di sini sudah biasa melihat pesawat dari jarak yang agak dekat, namun kali ini memang kapal terbang itu terlalu rendah menyebabkan semua orang terkejut.”


Bagaimanapun, pihak berkuasa lapangan terbang dan syarikat penerbangan itu menegaskan pendaratan berkenaan adalah terkawal dan tiada apa pun yang luar biasa.

Pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica, Rolando Richmond berkata: “Tiada altitud khusus yang perlu dipatuhi juruterbang ketika mahu melintasi pagar lapangan terbang itu.

“Mereka cuma perlu memastikan sempat mengaktifkan tayar dan berjaya mendarat di kawasan sepatutnya.”Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=Y3DB02d9EGw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori