Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saya Tak Terfikir Tarik...

JERLUN - Tan Sri Annuar Musa berkata beliau sama sekali tidak pernah terfikir...

Rapid Kuantan Perluas Jajaran...

KUANTAN - Syarikat Rapid Bus Sdn Bhd kini memperluaskan jajaran laluan sedia...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat tengah hari ini kepada 48...

Pengguna Lebuh Raya Gempar,...

IOWA – Orang ramai yang melalui sebuah lebuh raya di Des Moines dikejutkan dengan...

Pesawat Hilang Di Sulawesi Belum Ditemui

MAKASSAR – Lebih 48 jam selepas sebuah pesawat membawa 10 penumpang dan anak kapal hilang di Sulawesi Selatan, pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat (BASARNAS) berkata, mereka masih belum menemui sebarang tanda pesawat berkenaan yang dipercayai terhempas di kawasan pergunungan.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Andi Djemma di Masamba di daerah Luwu Utara jam 2.25 petang Jumaat lalu dan dijadual tiba di Makassar jam 3.39 petang.

Bagaimanapun, ia terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara hanya 11 minit selepas berlepas.

Sekumpulan 125 tentera dan polis membantu pekerja penyelamat tempatan mencari pesawat berkenaan sejak hari kejadian, membabitkan beberapa helikopter dan pesawat kecil.

“Kami masih belum menemui pesawat itu. Kami akan meneruskan usaha mencari dengan meluaskan kawasan pencarian,” kata ketua BASARNAS, Marsyal Udara Bambang Soelistyo kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin.


Menurutnya, kira-kira 80 peratus kawasan pencarian utama terdiri daripada kawasan bergunung dan hutan tebal hingga sukar untuk melihat sesuatu dari udara.

Pesawat malang itu membawa tiga anak kapal dan tujuh penumpang, termasuk seorang ibu dan dua anak kecilnya. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=0dMCof74vO4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori