Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hentikan Spekulasi Insiden Tembak...

GEORGE TOWN - Polis negeri meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi liar berhubung...

14 Ditahan Susulan Pergaduhan...

SUNGAI PETANI - Seramai 14 lelaki sudah ditahan polis dipercayai terbabit dalam pergaduhan...

Audit: Peruntukan Pusat Warga...

KUALA LUMPUR – Program Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PAWE) didapati menyalahgunakan bantuan geran...

Berat Budak Obesiti Turun...

KARAWANG - Selepas menjalani diet pemakanan dan berpuasa di bulan Ramadan,berat badan Arya...

Pesawat Twin Otter MASwings Tergelincir Di Mukah

MUKAH – Sebuah pesawat Twin Otter milik MASwings tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Mukah, di sini, pagi tadi namun semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi sejurus pesawat itu mendarat di lapangan terbang berkenaan dari Miri.

Dalam kejadian itu, tayar belakang kiri pesawat dilaporkan pecah dan kerja-kerja membaikpulih sedang giat dilakukan oleh petugas penyelenggaraan MASwings.

Difahamkan, kedua-dua juruterbang bersama lapan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir ketika dihubungi BH Online mengesahkan kejadian berkenaan.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, semua 11 penerbangan ke Mukah dibatalkan hari ini.

“Ketika ini kerja-kerja untuk mengalihkan pesawat dari landasan sedang dilakukan,” katanya. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori