Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Naz Minta Maaf Lontar...

KENYATAAN pengacara Nazrudin Habibur Rahman atau Naz mengenai isu mati syahid ternyata memakan diri...

TMJ Dedah Jurulatih Berkongsi...

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir jurulatih...

Hadi Awang Masuk Hospital...

BUNYI cerita macam serius.Namun setakat ini tidak tahu apa sakit yang dialami oleh...

Jegil Mata, Senyum Sinis,...

KUALA LUMPUR : Menjegil mata, senyum sinis dan mencebik mulut, selain menjelirkan lidah...

PIDD Cari Perspektif Baharu Bangunkan Perak – Menteri Besar

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) selama tiga hari bermula hari ini akan mencari perspektif baharu dalam usaha untuk membangunkan negeri Perak.

Beliau berkata menerusi dialog itu, pihak kerajaan negeri mahu mendapatkan pandangan dan cadangan bagaimana untuk memperkembangkan lagi dalam konteks pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan PIDD 2015 bertemakan ‘Pelaksanaan Kelestarian Bagi Pertumbuhan Inklusif” di sini hari ini melibatkan kerjasama antara Institut Darul Ridzuan (IDR), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

PIDD kali kedua itu yang membincangkan mengenai ekonomi, sosial dan inovasi serta perkembangan ekonomi, budaya dan persekitaran melibatkan 600 peserta.

Dalam pada itu, Zambry berkata PIDD akan datang memberi fokus terhadap usaha menjadikan Perak sebagai Pusat Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejajar dengan dasar kerajaan negeri untuk mengantarabangsakan Perak.

Untuk tujuan itu, katanya satu sekretariat tetap akan ditubuhkan bagi mengadakan perbincangan dan persiapan awal bagi PIDD akan datang dan menurutnya penubuhan sekretariat itu melibatkan kerjasama antara kerajaan Perak, IDR, NCIA dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry berkata penyelesaian bagi pembangunan dan pertumbuhan inklusif perlu dipacu oleh rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat.

“Pembangunan pertumbuhan inklusif perlu menggabungkan aspirasi rakyat dan visi pemimpin. Mencari keseimbangan bagi kedua-dua elemen ini adalah perlu.

“Dalam era pembangunan yang berkembang dengan pesat, pertumbuhan inklusif amat penting untuk menangani ketidakseimbangan demografi, kelestarian alam sekitar serta moral dan pemupukan kerohanian.


“Ia merupakan konsep yang mengutamakan peluang saksama bagi penyertaan ekonomi yang membawa faedah, diperluaskan kepada setiap lapisan masyarakat. Pertumbuhan pada kadar cepat adalah perlu, untuk meningkatkan taraf sosial,” katanya.

Zambry berkata untuk memastikan pertumbuhan mampan untuk jangka masa panjang, ia perlu dilaksana secara meluas, meliputi semua sektor dan inklusif bagi sebahagian besar tenaga kerja di rantau-rantau.

“Pertumbuhan inklusif merujuk kepada tahap dan corak pertumbuhan, yang dianggap saling berkait dan perlu ditangani bersama-sama. Penduduk di kawasan pedalaman seperti di Teupin Asan di Acheh dan Pulau Batanes di Filipina dan juga penduduk Orang Asli di Kuala Mu di Perak, perlu dimasukkan dalam konteks inklusif.

“Mereka tidak harus dibiarkan ketinggalan apabila penduduk di bahagian-bahagian lain di dunia ini menikmati kemakmuran ekonomi dan alat dan peranti komunikasi terkini. Kita saling berkait dan penduduk terbabit tidak harus dipinggirkan daripada kemajuan dan pembangunan,” katanya.

Pada majlis itu, Zambry turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerajaan negeri bagi melaksana pusat pembangunan dan pengkomersilan inovasi inklusif di Perak.

Memorandum itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM Muhammad Aziph Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif IDR Dr Mazalan Kamis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori