Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MyStandard Dijenamakan Semula Kepada...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menambahbaik sistem MyStandard yang digunakan pakai ketika ini dengan...

Dua Anggota Tentera Maut...

GERIK – Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi di...

DAP Hina Mahathir Main...

BIADAB... DAP sentiasa hina Tun Dr. Mahathir Mohamad dari dulu hingga kini, namun...

PGI: Laporan Sarawak Report...

PENGARAH Urusan Protection Group International (PGI) Brian Lord berkata, maklumat diperolehi oleh Sarawak...

Piramid Murid Runtuh, 6 Pelajar Cedera

TOKYO – Enam pelajar cedera selepas piramid manusia membabitkan 150 daripada mereka ‘runtuh’ ketika membuat persembahan.

Kejadian di Yao City yang sempat dirakam menunjukkan pelajar terakhir memanjat ke kedudukan paling atas sambil membawa bendera Jepun.

Bagaimanapun, sebaik tiba di atas piramid 10 ‘tingkat’ itu, pelajar berkenaan dapat dilihat terhuyung-hayang.

Dia tetap cuba berdiri, tetapi rakan-rakan di bawah mula nampak tidak stabil.

Sebaik saja pelajar terakhir itu berdiri, seluruh piramid itu runtuh dan jeritan penonton lain juga dapat didengar dalam rakaman berkenaan.


Seorang pelajar retak tangan manakala lima cedera.

Kecederaan akibat piramid manusia seperti ini kerap berlaku di Jepun, malah 6,500 direkodkan pada 2012 termasuk seorang pelajar yang mengalami kerosakan tulang belakang.

Namun, aksi akrobatik ini tetap menjadi sebahagian daripada kurikulum di kebanyakan sekolah di Jepun dan kerap diamalkan terutama untuk kelas gimnastik. – Agensi

https://youtu.be/iku1Fxd_ZhI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori