Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bajet 2023: GTA Teruskan...

SHAH ALAM - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad...

VIDEO: Kesian.. Budak Perempuan...

VIDEO yang sudah viral sejak 2 hari lepas ini ternyata masih menarik perhatian...

Curi Wang Majikan, Pengurus...

KUALA LUMPUR - Akibat mencuri wang majikan dan mengemukakan laporan palsu, seorang pengurus...

Iran Tindak Balas Serangan...

IRAN telah bertindak balas kepada serangan terhadap Pengawal Revolusi di Ahvaz minggu lalu,...

PKR Akan Sertai Himpunan ‘Hari Kemarahan’ Bantah Zionis

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) memaklumkan akan turut menyertai perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) Jumaat ini bagi membantah pencerobohan rejim Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, AMK kononnya membuat keputusan menyertai perhimpunan itu bagi mengecam keras tekanan rejim Zionis Israel yang berterusan ke atas umat Islam Palestin.

“AMK menyarankan rakyat Malaysia untuk menyokong pengisytiharan ‘Hari Kemarahan’ pada 2 Oktober ini dan bersama-sama turun ke perhimpunan itu bagi menyuarakan bantahan ke atas perlakuan dan tindakan rejim Zionis Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

al aqsa

Pengumuman menyertai perhimpunan itu pada saat-saat akhir oleh AMK bagaimanapun dipandang sinis ramai pihak kerana dipercayai bermotifkan politik.


Ia berikutan perhimpunan itu terlebih dahulu diumumkan oleh penganjur akan diadakan dengan kerjasama PAS dan UMNO serta puluhan badan bukan kerajaan (NGO) dalam negara.

Selain Nik Nazmi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli turut memaklumkan parti itu mengarahkan semua ahlinya supaya menyertai perhimpunan berkenaan.

“Saya menyeru seberapa ramai rakyat Malaysia untuk menyertai demonstrasi esok demi mengangkat perjuangan sejagat membela rakyat Palestin yang telah ditindas sekian lama,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=FkZUUkreVCE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori