Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Maut, 2...

NIBONG TEBAL - Sepasang suami isteri maut selepas lori yang dinaiki mereka melanggar...

Hospital Selayang Pula Guna...

KUALA LUMPUR - Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula...

Lima Sekawan Sesat Di...

REMBAU – Hajat lima sekawan dari Melaka untuk menikmati keindahan puncak Gunung Datuk,...

MARA Perlu Kekal Satu...

SHAH ALAM – Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu terus kekal sebagai satu entiti...

Kajian Keperluan Tambah Komputer, Masa Pembelajaran

SEPANG – Keperluan menambah bilangan komputer dan waktu pembelajaran komputer untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dikaji, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum.

Katanya, waktu pembelajaran dan bilangan komputer yang terhad dikhuatiri memberi kesan kepada pelatih bagi menyambung pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) memandangkan penguasaan teknologi adalah antara keperluan.

“Ketika ini modul dilaksanakan menggunakan 44 komputer, dan jelas ia tidak mencukupi, apatah lagi hanya lima jam diperuntukkan untuk kelas komputer bagi satu sesi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Projek Perintis
Transformasi PLKN 2.0 di Kem PLKN Princess Haliza di sini, hari ini.

Mohd Johari berkata, penambahan itu penting kerana beliau dimaklumkan oleh jurulatih hanya 20 peratus daripada 469 pelatih projek perintis di kem itu berupaya mengendalikan komputer.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk mengkaji aspek berkenaan serta berbincang dengan semua operator kem.


Mohd Johari juga berpendapat kelas bahasa Inggeris yang diperkenalkan dalam modul Pembangunan Diri perlu diberi lebih penekanan memandangkan tahap penguasaan pelatih adalah amat rendah.

Selain Bicara Tekno dan Pembangunan Diri, pelatih projek perintis itu turut didedahkan dengan modul baharu seperti Cergas dan Tangkas (Fit4Life) serta Malaysiaku, tempoh latihan juga dikurangkan kepada lapan minggu berbanding 12 minggu sebelum ini.

Projek Perintis Transformasi PLKN 2.0 diperkenal bertujuan menguji keberkesanan modul baharu yang bakal diperkenalkan pada Januari tahun depan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]5jhdD1LQQZ0[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLKN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori