Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penyelia Kilang Dituduh Bunuh...

KLUANG - Seorang penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan...

Dendam Punca Kematian Lelaki...

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan unsur dendam antara punca pergaduhan yang...

Sarinja Terima Hidayah, Kongsi...

PASTI ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis yang digelar Sarinja ini?Mungkin ada yang terpinga-pinga...

Telapak Tangan Budak Berkecai...

Setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal, antara berita yang 'wajib' dilaporkan adalah...

Polis Belum Ambil Keterangan 2 Budak Orang Asli Selamat

KOTA BHARU – Polis masih belum dapat mengambil kenyataan dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemui selamat semalam selepas hilang di Pos Tohoi, Gua Musang, Ogos lepas disebabkan mereka masih lemah kerana dehidrasi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata dua kanak-kanak itu, Miksudiar Alui, 11; dan Norieen Yaakob, 10; yang sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) juga mengalami emosi tidak stabil.

Kita tunggu pakar perubatan memberi ‘lampu hijau’ untuk kita tanya lebih lanjut kepada mereka mengenai kejadian itu dari awal hingga mereka ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita kena beri masa untuk mereka betul-betul sihat, (kemudian) baru kita boleh dapatkan cerita yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri Kelantan di Kompleks Belia dan Sukan Panji di sini pada Sabtu.

Dua mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi SAR pada 12.15 tengah hari Jumaat, bersama satu mayat budak perempuan.

Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Ika Ayel, 9; selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarganya di Hospital Gua Musang dekat sini pada petang Jumaat.

Dua kanak-kanak itu yang ditemui selepas 47 hari hilang, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam budak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah.

Mereka berbuat demikian kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lepas.


Mazlan turut mengulangi kenyataannya semalam bahawa siasatan awal polis mendapati kejadian itu tidak melibatkan unsur jenayah dan dipercayai tujuh kanak-kanak berkenaan bergerak dalam satu kumpulan.

Kesemua murid itu dipercayai bersembunyi di bawah satu pokok besar di tebing Sungai Perias daripada ditemui pasukan SAR manakala mereka yang meninggal dunia dipercayai kerana dehidrasi.

Beliau berkata keterangan daripada dua kanak-kanak yang selamat itu akan mengesahkan sama ada mayat rakan mereka dibuang ke dalam sungai atau dihanyutkan arus sungai ketika air pasang.

Pada Rabu lepas, pasukan SAR menemui mayat budak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.

Berdasarkan dua penemuan itu, pasukan SAR menggiatkan usaha mencari baki tiga murid yang masih hilang iaitu Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.

Sementara itu, mengulas perkembangan sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kajian perlu dilakukan mengenai kejadian berkenaan supaya ia tidak berulang pada masa depan.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata kajian juga perlu dilakukan mengenai operasi SAR yang mengambil masa yang lama untuk menemui kanak-kanak berkenaan.

Siasatan yang rapi perlu dilakukan kerana sekarang terdapat bermacam-macam andaian dan teori. Kita tidak menyalahkan sesiapa,” kata Mustapa yang bersama Mazlan meluangkan masa menziarahi dua kanak-kanak itu di HRPZII. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori