Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ahmad Bashah Angkat Sumpah...

ALOR SETAR - Majlis angkat sumpah Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai...

Rafizi Didakwa Di 2...

KUALA LUMPUR -  Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa di...

Jangan Biarkan Laut Sulu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan Laut Sulu tidak boleh...

Malaysia Capai Sasaran 6...

BIRMINGHAM: Atlet gimrama, Ng Joe Ee meraih satu lagi pingat emas pada Sukan...

Polis Berkas 9 Orang Termasuk Seorang Wanita Bersabit Dadah

KANGAR – Polis menahan sembilan orang termasuk seorang wanita serta merampas dadah seberat 983.78 gram (g) dalam empat serbuan berasingan semalam dan 29 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata turut dirampas 38 pil Erimin 5 dan 13 pil kuda.

Katanya tiga tangkapan dibuat dalam serbuan pada masa yang hampir sama di sekitar Simpang Empat pagi semalam manakala satu lagi tangkapan pada 29 Sept lepas.

“Wanita berumur 26 tahun diberkas bersama empat lelaki berusia 27 hingga 32 tahun di sebuah rumah di Kampung Tanah Timbul, Simpang Empat. Polis menemui 30.53g heroin, 4.58g syabu, 36 pil Erimin 5 dan 13 pil kuda,” kata Abdul Rahman pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurutnya pasukan lain yang menyerbu sebuah rumah di kampung sama berjaya memberkas seorang lelaki berumur 30 tahun dan merampas 46 paket syabu seberat 35.49g, dua pil Eramin 5 dan peralatan membungkus dadah.


Beliau berkata satu lagi pasukan menyerbu sebuah rumah di Kampung Batas Lintang, Simpang Empat, dan menahan seorang lelaki berumur 36 tahun bersama 456.08g heroin dan 7.10g syabu serta sebuah kereta.

Semua suspek direman untuk membantu siasatan, katanya.

Abdul Rahman berkata pada 29 Sept lepas, polis memberkas seorang remaja 18 tahun dan seorang rakannya berumur 21 tahun di sebuah rumah di Jalan Syed Alwi, Seberang Tambang, di sini dan merampas 450g heroin.

“Mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Oktober bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori