Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Empat Termasuk Suspek Bergelar...

ALOR SETAR - Empat termasuk seorang suspek bergelar 'Datuk' yang direman bagi membantu...

Polis Terima 1 Laporan...

SHAH ALAM - Polis menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan...

Malaysia Kecewa Junta Tidak...

KUALA LUMPUR – Malaysia menyuarakan kekecewaan dengan tindakan junta Myanmar tidak mengiktiraf Dr...

Penjenayah Berpistol Maut Ditembak...

SUNGAI SIPUT - Seorang penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis...

Polis Buru Ketua Sindiket ‘Azha’ Selesaikan Kes Samun

KOTA BAHARU – Polis Kelantan kini sedang memburu ketua kumpulan ‘Azha’ yang bergiat aktif dalam kegiatan samun di sekitar Machang dan beberapa daerah lain di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya telah menahan enam anggota kumpulan itu yang berumur antara 20 dan 31 tahun dalam dua serbuan berasingan pada Sabtu dan Ahad lepas di Machang.

“Berikutan penahanan itu, pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan itu Saiful Azhar Muhammad, 29 yang masih bebas,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata modus operandi kumpulan terbabit yang dipercayai orang tempatan ialah dengan menceroboh masuk ke rumah mangsa pada awal pagi dengan mengugut mangsa menggunakan senjata tajam.

“Siasatan juga mendapati kumpulan yang bergiat aktif sejak empat bulan lepas ini bukan hanya aktif di kawasan Machang tetapi juga di beberapa daerah lain termasuk di Pasir Puteh dan Kota Baharu,” katanya.


Mazlan berkata berikutan penahanan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan empat kes samun bersenjata yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan terbabit di sekitar Machang sebelum ini.

Pihak polis turut merampas pelbagai jenis barang termasuk sembilan telefon bimbit, komputer riba selain menyita sebuah motosikal yang dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti samun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori