Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

LHDN Buru Pelari Cukai

ADAKAH kerajaan suka-suka mahu mengenakan cukai pendapatan? Apakah saja-saja Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Yusuf Azmi, Abang Ali...

KAJANG - Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi serta seorang individu...

Ikan Rakyat LKIM Kini...

SERDANG - Program Ikan Rakyat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), yang menawarkan ikan...

Malaysia Hampiri Slot Piala...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengesahkan tempat ke suku akhir pertandingan Separuh Akhir Liga...

Polis Melaka Buru 2 Suspek Kumpulan Pecah Rumah

MELAKA – Polis sedang memburu dua suspek berusia antara 20-an dan 30-an yang disyaki terlibat dengan sebuah kumpulan pecah rumah yang bergerak aktif sekitar negeri ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu terlibat dengan lebih dua kes pecah rumah di negeri ini, baru-baru ini.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti dua suspek itu selepas menahan empat anggota kumpulan berkenaan pada awal bulan ini.

“Dua lelaki dan seorang wanita ditahan di Kompleks Niaga Merak Mas, Bukit Baru (di sini) pada 2 Okt lepas manakala seorang lagi lelaki ditahan keesokannya di Taman Bertam Jaya (di sini),” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Beliau berkata hasil tangkapan ke atas suspek menemui sebuah televisyen, pemain cakera video digital (DVD) dan sebuah kamera digital bernilai RM4,000 di dalam sebuah kereta dipercayai ada kaitan dengan kes pecah rumah kumpulan itu.

Katanya semua suspek tiada rekod jenayah lampau dan kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

https://youtu.be/Cp4hbZe-Tng

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori