Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Enam Lelaki...

MELAKA - Polis menahan enam lelaki tempatan dalam empat tangkapan berasingan kerana disyaki...

Sebab Anwar Beri Keterangan...

PUTRAJAYA -- Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Gopal Sri Ram,...

Kapal Tentera AS Di...

KUALA LUMPUR - Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS LASSEN tiba di Pangkalan...

“Dia Macam Nak Isytihar...

Tiba-tiba, kisah kedinginan hubungan persahabatan antara pelakon yang juga pemilik butik House of...

Polis Muar Tahan Lelaki Miliki Pistol Tiruan

MUAR – Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol tiruan buatan Taiwan dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Kampung Bukit Pasir di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata lelaki berumur 32 tahun itu ditahan pukul 5.50 petang dan pistol tiruan itu ditemui di dalam beg sandangnya.

Beliau berkata polis menemui sepucuk pistol bearing 6 mm cal berserta satu kelopak selain balang plastik mengandungi biji besi berwarna perak dan bekas plastik mengandungi biji plastik berwarna putih.

“Turut ditemui adalah satu kotak rokok yang di dalamnya terdapat satu paket lutsinar mengandungi serbuk kristal dipercayai syabu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, hari ini.

Azman berkata suspek mendakwa pistol tiruan itu dibeli menerusi Internet pada tahun 2014 bagi kegunaan menembak haiwan perosak yang sering merosak kebun buah dan kelapa sawit miliknya di Bukit Pasir.

“Polis bagaimanapun akan menyiasat motif lelaki berkenaan membeli pistol itu dan rekod mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.


Beliau berkata suspek ditahan reman tiga hari sehingga hari ini dan tempoh reman dijangka dilanjutkan bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata pihaknya sudah membawa pulang seorang wanita pegawai bank berumur 28 tahun yang disyaki melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM450,000 pada 5 Okt lalu.

Menurutnya suspek ditahan Polis Kedah di Pulau Langkawi pada 7 Okt lalu dan dibawa pulang ke IPD Muar bagi membantu siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori