Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cendekiawan Islam Perlu Pertahan...

KUALA LUMPUR - Cendekiawan Islam perlu berada di barisan hadapan mempertahankan kesucian agama...

Mila Jirin Bakal Nikah...

JUARA Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin mengakui bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasih...

Mudah Baiki Cermin Kereta...

KUALA LUMPUR - Pemegang insurans cermin kereta Allianz General boleh memperbaiki kerosakan cermin...

Maznan Mat Isa: Menakluk...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles RAMAI yang masih ingat mengenai kejayaan Ekspedisi Terjun Bebas...

Polis Rampas Dadah Bernilai RM1.5 Juta, Tahan 8 Lelaki Iran

KUALA LUMPUR – Polis telah merampas syabu bernilai RM1.5 dan menahan lapan lelaki warga Iran dalam operasi di sekitar Lembah Kelang.

“Penahanan itu dilakukan dalam tempoh kira-kira lapan jam malam semalam dan telah melumpuhkan sindiket yang membawa syabu dari Iran untuk diedarkan di negara ini,” kata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

“Bagaimanapun kami percaya ada lagi saki-baki sindiket ini yang masih bebas. Kami akan memburu mereka.”

Katanya operasi dijalankan sepasukan anggota dan pegawainya bersama STING (Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik) dari pukul 4 petang sehingga pukul 11.25 malam.

Kesemua suspek berumur 23 hingga 47 tahun ditahan di Dang Wangi, Sri Hartamas, Kepong, Bandar Kinrara dan Seri Kembangan, Mohd Mokhtar memberitahu pemberita di Bukit Aman hari ini.

Katanya polis menemui makmal mini di sebuah unit kondominium di Jalan Cendana di sini yang digunakan untuk memproses semula dan membungkus syabu.

Mohd Mokhtar berkata operasi bermula dengan penangkapan seorang lelaki Iran yang sedang berjalan di sini dengan membawa sebuah beg berisi syabu seberat hampir satu kilogram.

Lelaki itu membawa polis ke makmal mini itu dan menjumpai syabu seberat sembilan kilogram.


Beliau memberitahu polis juga merampas peralatan dan bahan kimia untuk memproses syabu, wang tunai RM9,830, seutas jam tangan serta empat buah kereta dan sebuah motosikal di kondominium itu.

Katanya hanya seorang suspek tidak mempunyai pasport, sementara lima daripada mereka memiliki pasport yang telah tamat tempoh dan dua lagi memiliki pas pelajar.

Menurut beliau kesemua pasport suspek akan dihantar ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk pengesahan keasliannya.

Mohd Mokhtar berkata seorang suspek disahkan positif dadah.

Katanya kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membantu siasatan.

Menurutnya polis telah menangkap 151, 448 orang terlibat dalam kes dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM216 juta bagi tempoh 1 Jan hingga 25 Okt tahun ini di seluruh negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori