Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Terima Cacian...

GARA-GARA meletakkan kenderaan sesuka hati, seorang wanita terpaksa 'menadah' telinga apabila dimarahi seorang...

CAP Gesa Kekal Pengharaman...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengekalkan pengharaman rokok...

‘Cleopatra_X3’ Kongsi Gambar Bersama...

SHAH ALAM - Pemilik akaun Instagram, ‘Cleopatra_X3’ hari ini menjadi tumpuan warganet susulan...

PKPB Di Seluruh Selangor,...

SHAH ALAM - Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor,...

Polis Tahan 8 Lelaki Geng Samun

NIBONG TEBAL – Polis berjaya menumpaskan geng samun menggunakan parang yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) selepas menahan lapan lelaki di sekitar Sungai Bakap, di sini Ahad dan Isnin lepas (4 dan 5 Okt).

Ketua Polis Daerah SPS, Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata lapan lelaki berusia 16 hingga 28 tahun itu ditahan selepas mereka terlibat dalam cubaan menyamun sekumpulan warga Nepal di asrama pekerja berkenaan di Seruling Mas, di sini.

“Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, lapan lelaki terbabit cuba menyamun 16 pekerja kilang itu tetapi gagal apabila mereka (warga asing) melawan geng samun itu.

“Mereka berjaya menahan dua daripada geng samun itu sebelum polis menangkap enam lagi di sekitar Sungai Bakap beberapa jam selepas kejadian,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan lapan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes samun.


Wan Hassan berkata polis merampas empat bilah parang, sembilan telefon bimbit, sebuah kereta dan tiga motosikal yang dipercayai digunakan kumpulan itu semasa menyamun.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun di Nibong Tebal yang disyaki terlibat dalam 23 kes samun, curi dan pecah rumah di sekitar SPS sejak awal tahun ini.

Beliau berkata lelaki yang bergerak sendirian dan bersenjatakan pisau itu ditahan pada Rabu dan didapati positif dadah.

“Berdasarkan siasatan polis, kes melibatkan lelaki yang tidak bekerja itu membabitkan kerugian lebih RM100,000. Susulan penahanannya kami merampas pelbagai barangan antaranya pisau, telefon bimbit, kad pengenalan, kad bank dan dompet serta wang tunai,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori