Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Qu Puteh Whitening Pro...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan produk Qu Puteh Whitening Pro...

Kes Sakit Hati.. Lelaki...

ARIZONA – Gara-gara kecewa dengan kegagalan perkahwinannya selepas si isteri meninggalkannya, Kevin Cotter...

Pitahati Lancarkan Album “Selamat...

KUMPULAN yang terdiri daripada lima pemuzik kreatif, Pitahati tampil dengan karya baru berjudul...

Pameran Fotografi Pamer Budaya,...

IPOH - Pameran fotografi yang mempamerkan 'The Chola Temples' dan persekitaran kehidupan di...

Polis Tahan Remaja Lelaki & Rampas Daun Ketum Bernilai RM6,000

ALOR SETAR – Polis menahan seorang remaja lelaki dan merampas 620 bungkusan daun ketum seberat 200 kilogram bernilai RM6,000 di persimpangan Kampung Asun, Jitra petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd. Rahim Abdullah berkata, polis mendapati sebuah kereta dari Jitra ke Changlun berada dalam keadaan mencurigakan dalam kejadian pukul 5.40 petang itu.

Suspek katanya berasal dari Naka, Kuala Nerang dikatakan memecut kenderaan dipandunya sebelum polis berjaya memintas kereta suspek.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati 620 bungkusan daun ketum dalam plastik lutsinar di dalam bonet belakang kereta itu dipercayai untuk dihantar ke Padang Besar, Perlis.

“Suspek mengambil upah menghantar daun ketum ini dari Kuala Nerang ke Padang Besar dengan upah RM200. Suspek mengakui baru dua kali melakukan perkara itu. Kita percaya daun ketum untuk pasaran negara jiran,” katanya hari ini.


Abd. Rahim berkata, harga pasaran daun ketum di negara jiran, Thailand amat tinggi iaitu antara RM60 hingga RM80 sekilogram.

Katanya suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 22 Oktober depan bagi membantu siasatan yang disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori