Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

AmanahRaya Tandatangani Ikrar Bebas...

KUALA LUMPUR - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah...

P. Pinang Tidak Rancang...

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai perancangan untuk menghalang penjualan arak...

DPMM Pahang Wujud Tabung...

KUANTAN – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang mewujudkan Tabung Pembangunan Usahawan Dewan...

Haziq Aziz Dakwa Sandakan...

KUALA LUMPUR - Individu dalam video intim bersama seorang lelaki didakwa mirip menteri...

Polis Terengganu Lumpuhkan Geng Mat Duan & Rampas Dadah

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini yang dikenali kumpulan ‘Mat Duan’ dengan tertangkapnya seorang remaja lelaki dalam satu serbuan di Kampung Simpang Tok Ku, di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata pemuda berusia 21 tahun dan bertindak sebagai stokis itu diberkas di rumah milik keluarganya kira-kira pukul 12.45 tengah hari dan turut merampas sejumlah pil kuda yang bernilai kira-kira RM180,000.

Katanya hasil pemeriksaan pihak polis menemui dua bungkusan yang dipercayai mengandungi 11,993 biji pil kuda yang dianggarkan seberat 1,250 gram disorokkan di dalam salah sebuah bilik kediaman itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan itu kita menemui 60 paket plastik biru dalam setiap bungkusan tersebut yang mengandungi 30 paket barang terlarang.

“Dengan tertangkapnya suspek ini kita percaya dapat melumpuhkan kegiatan pengedaran membabitkan dua daerah dan ini juga merupakan rampasan dadah terbesar pada tahun ini,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Idris berkata suspek yang bergerak sendiri di daerah ini dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu di sekitar Kuala Terengganu dan Setiu sejak April tahun lepas dan mendapat bekalan dari negara jiran.


“Bekalan yang dirampas itu dipercayai untuk edaran selama sebulan dan suspek menjadikannya sebagai punca (pendapatan) utama di mana memperolehi pendapatan kira-kira RM30,000 sebulan,” katanya.

Katanya hasil siasatan juga mendapati ketua kumpulan ini bergerak aktif di Rantau Panjang serta Kelantan dan gerakan mengesan ketua kumpulan ini sedang dilaksanakan bersama polis negeri itu.

Polis turut menyita sebuah skuter Honda Icon bernilai RM5,500 dan wang tunai berjumlah RM5,000 manakala hasil ujian saringan air kencing suspek bebas dari sebarang pengaruh dadah dan juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya suspek yang berasal dari Kuala Terengganu itu ditahan reman sehingga 12 Oktober untuk siasatan lanjut dan kes itu akan disiasat mengikut seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori