Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Budak Perempuan Sakan Shoping...

BIJAK atau sebaliknya, kanak-kanak dari Arkansas ini 'mencuri' cap jari ibunya yang sedang...

Bengkel Kereta Musnah Dalam...

TAMPIN – Sebuah bengkel kereta terbakar di Taman Industri Gunung Mas di sini...

Trump Tak Puas Hati...

LOS ANGELES - Mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sebulat suara enggan mengembalikan semula...

Saya Bukan Klon, Dakwa...

ABUJA - Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari menafikan khabar angin yang berlegar di media...

PPM Wilayah 2 Gagalkan Cubaan Bawa Masuk 15,400 Paket Rokok

JOHOR BAHARU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 15,400 paket rokok bernilai RM143,851 termasuk cukai dalam serbuan di jeti nelayan Sungai Sanglang, dekat Pontian, awal pagi ini.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata serbuan dilakukan kira-kira 1.50 pagi oleh 10 anggota PPM yang sebelum itu melakukan intipan di laut dan di darat sejak dua minggu lepas.

“Ketika serbuan, dipercayai empat suspek sedang memunggah rokok seludup terbabit dari sebuah bot ke dalam kereta Toyota Estima,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

np1416927466

Khiu berkata semua suspek bagaimanapun gagal ditahan kerana berjaya melarikan diri ke kawasan hutan paya bakau berhampiran sejurus menyedari kehadiran polis.


Beliau berkata pemeriksaan ke atas bot dan kereta kemudian menemui rokok pelbagai jenama yang dipercayai dari Indonesia.

Katanya kesemua rokok, kereta serta bot fiber dengan satu enjin sangkut itu dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

“Sejak Januari hingga kini, PPM Wilayah Dua melakukan 53 rampasan rokok dengan nilai kira-kira RM3.31 juta termasuk cukai,” katanya.

Selain itu, empat bot laju, lima enjin sangkut dan 12 kenderaan bernilai RM614,000, turut dirampas kerana terlibat dalam aktiviti penyeludupan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori