Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

Pengamen Bunuh, Perkosa Peniaga...

Yogyakarta - Seorang pemuzik jalanan mengaku membunuh dan merogol seorang peniaga wanita yang...

Suami Simbah Isteri Dengan...

Kuala Lumpur - Cemburu buta menyebabkan seorang lelaki tergamak membelasah isterinya sebelum menyimbah...

Lesen Lynas Diperbaharui Lagi...

PETALING JAYA - Lesen Lynas Malaysia diperbaharui selama 3 tahun lagi sehingga Mac...

Netizen Kritik Artis Tak...

ANUGERAH Melodi yang buat julung kali diadakan semalam menobatkan pelakon dan penyanyi Ayda...

PPM Wilayah 2 Tahan 25 PATI Di Kawasan Hutan Pantai Pasir Logok

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 25 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam serbuan di kawasan hutan Pantai Pasir Logok, Kuala Sedili Besar, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua lelaki berumur 19 dan 50 tahun itu ditahan menerusi ‘Ops Landai’ pada kira-kira 11.50 malam, selepas polis bertindak atas maklumat.

“Kesemua PATI rakyat Indonesia itu sedang berkumpul di kawasan hutan pantai ketika serbuan dilakukan.

“Maklumat menyatakan PATI sedang menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Khiu berkata kesemua mereka yang gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri kini dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori