SEORANG pramugari didakwa telah menjalankan ‘perniagaannya’ yang tersendiri di dalam pelbagai syarikat penerbangan di mana dia pernah berkhidmat.
Wanita terbabit dikatakan telah memperoleh lebih RM3 juta kerana memberi perkhidmatan seks di dalam tandas kepada penumpang kapal terbang berkenaan.
Perbuatan terkutuknya itu telah dibongkarkan selepas dia ditangkap sedang ‘bermesra’ dengan seorang penumpang dalam pesawat sebuah syarikat penerbangan Timur Tengah (nama syarikat tidak didedahkan) itu.
Pramugari tersebut dilaporkan telah meraih lebih RM7,000 dalam satu penerbangan sahaja dan kadar itu boleh mencecah lebih RM3 juta.
Menurut sumber, dia bagaimanapun telah dipecat dan dihantar pulang ke negara asalnya berikutan insiden yang memalukan syarikat terbabit.
Jurucakap daripada Arab Saudi memberitahu sumber: “Wanita berkenaan telah mengaku dia telah melakukan seks dengan ramai penumpang kapal terbabit dan lebih suka dengan penerbangan jarak jauh seperti ke Amerika Syarikat.”
Sebelum ini, kisah pramugari yang kekurangan wang dan beralih arah ke bidang pelacuran di Jepun juga pernah mendapat perhatian seperti sekarang.
Lumrah kalau diri sudah ‘dibutakan’ dengan duit, apa sahaja perkara sanggup dilakukan demi kepetingan hidup. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=GNYKuIN4MxE