BEIJING – Syarikat penerbangan Kunming Airlines berjanji untuk menyiasat dan mengambil tindakan selepas beberapa pramugari dibuli dengan dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi.
Tindakan itu diambil selepas beberapa gambar pramugari syarikat China itu berbaring di dalam tempat simpanan bagasi tersebar menerusi media sosial sehingga dikecam orang ramai.
Sekeping gambar menunjukkan seorang pramugari terpaksa menutup mukanya ketika dia diarahkan berbaring di tempat simpanan bagasi.
Difahamkan, itu adalah tradisi yang mesti dilalui oleh kru kabin yang baharu bekerja di syarikat berkenaan.
Akhbar The South China Morning Post melaporkan, gambar itu tersebar secara meluas sejak hujung minggu lalu malah kru kabin dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi itu selepas menghabiskan 30 dan 50 jam penerbangan.
Bagaimanapun, Kunming Airlines dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat itu tidak mengetahui mengenai tradisi berkenaan dan tiada aduan yang pernah dibuat oleh mana-mana kru kabin.
“Kami tidak pernah berkompromi mengenai isu keselamatan penerbangan dan kejadian buli ini tidak sepatutnya berlaku.
“Kami akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi,†kata syarikat itu. – Agensi
[wpdevart_youtube]LbYyOhrzjdc[/wpdevart_youtube]