NAMPAK gayanya, impak yang diberikan bintang popular Bollywood, Priyanka Chopra dalam industri hiburan di Hollywood semakin menjadi.l
Rezeki aktres cantik menawan kelahiran India itu dilihat semakin melimpah semenjak beliau muncul dalam siri drama baru, Quantico, di Amerika Syarikat.
Priyanka yang menjadi tonggak utama dengan memegang watak Alex Parrish, seorang ejen FBI dalam siri itu nampaknya telah berjaya memukau dan menambat hati penonton dengan lakonan mantapnya.
Kehadirannya dalam drama itu dilihat mendapat sambutan yang sangat baik sekali gus menarik hati pihak produksi untuk bekerjasama dengannya lagi.
Pihak produksi yang sama dikatakan telah memberi tawaran kepada Priyanka untuk menjadi hos sebuah program temubual bersama selebriti di sana.
Walau bagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun itu masih belum membuat apa-apa kenyataan mengenai tawaran tersebut.
Inilah peluang bekas Miss World Pageant pada tahun 2000 ini melebarkan sayapnya dalam industri hiburan antarabangsa itu.
Priyanka kini dikatakan akan pulang ke India pada bulan Disember untuk membuat promosi filem Hindi terbarunya yang bertajuk ‘Bajirao Mastani’ serta mula menjalani penggambaran filem ‘Jai Gangaajal’. – Agensi/MYNEWSHUB.CC