Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KKM Sedia Panduan Pencegahan...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) membangunkan panduan pencegahan dan pengurusan Covid-19 di Pusat Pemindahan...

Mas Ermieyati Umum Sertai...

MELAKA - Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas...

Kaji Semula Subsidi Elektrik...

KUALA LUMPUR : Pemberian subsidi bagi tarif elektrik buat pengguna domestik kategori T20...

Wanita Terkejut Lihat Muka...

ALOR SETAR - "Saya ingat bunyi bahan sampah yang sedang dibakar meletup sebelum...

Prospek Pertumbuhan Kewangan Islam M’sia Dijangka Terus Kukuh

KUALA LUMPUR – Prospek industri kewangan Islam Malaysia dijangka terus kukuh dan pertumbuhannya juga sejajar aspirasi negara untuk muncul sebagai hab global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

“Ia (industri) yang akan terus berkembang. Dimensi antarabangsanya juga akan terus meningkat sejajar usaha kita untuk menjadi sebuah hab kewangan Islam global,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyampaikan sijil kepada graduan Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di sini, hari ini.

Zeti yang juga Canselor INCEF, menyifatkan konvokesyen melibatkan 248 graduan daripada 40 negara sebagai inisiatif bagi menyediakan modal insan cemerlang untuk memacu dan melonjakkan industri kewangan Islam.

Warga tempatan mewakili 55 peratus daripada graduan hari ini diikuti Somalia, Indonesia, Pakistan, Yemen, Brazil, Amerika Syarikat dan Jerman.

“Ini akan menjadi lonjakan besar industri ini yang berdepan rungutan kekurangan modal insan. Malah, inilah sebabnya kita menubuhkan INCEIF.

“Ia adalah pelaburan Bank Negara dan ternyata mencapai semua yang kita harapkan bagi membangunkan modal insan serta melakukan tugas penyelidikan,” katanya.


Malah, kata Zeti, Malaysia juga kian diiktiraf di peringkat dunia sebagai peneraju dalam bidang kewangan Islam.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF, Daud Vicary Abdullah berkata, Malayia sememangnya diperakui sebagai peneraju bagi segenap aspek kewangan Islam termasuk perundangan, struktur tadbir urus, laporan bebas, sumber manusia serta instrumen pembangunan.

“Malah, Malaysia adalah dua kali ganda ke depan berbanding pesaing terdekatnya, baik dari segi infrastruktur untuk pembangunan dan sokongan bagi kewangan Islam,” katanya.

Malaysia juga, kata Daud, perlu meneruskan usaha menghasilkan lebih ramai graduan berkualiti pelbagai negara dalam usaha penyebaran ilmu kewangan Islam berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]GgA26jDfJr0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori