Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Scomi Energy Perolehi Kontrak...

KUALA LUMPUR - Unit perkhidmatan medan minyak Scomi Energy Services Bhd's (SESB) telah...

Misteri.. 10 Ayam Hutan...

BARU-BARU ini, kecoh apabila beberapa keping gambar yang memaparkan 10 ekor ayam hutan...

Gadis Pelik Boleh Anggap...

MACAM-macam perangai pelik telah diketengahkan dalam media sosial sebelum ini, dan kali ini...

Harga Barang Keperluan Di...

IPOH - Harga barangan keperluan termasuk barangan basah dan kering di Pasar Besar...

Proton Jamin Keluarannya Penuhi Piawaian Keselamatan Kawal Selia

KUALA LUMPUR – PROTON pada Jumaat memberi jaminan bahawa kereta keluarannya memenuhi piawaian keselamatan kawal selia di semua pasaran operasinya, terutama Malaysia.

“PROTON telah menguji banyak keretanya di seluruh dunia seperti di Australia dan sebelum ini di Eropah.

“Syarikat juga telah mendapatkan perkhidmatan agensi berkelas dunia dan makmal ujian untuk memastikan ujian dan keputusan yang ketat,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Pembuat kenderaan itu berkata ia akan meneruskan usaha untuk meningkatkan produk dan perkhidmatannya serta membuat penambahbaikan mengikut keperluan.

PROTON berkata prosedur biasa agensi tersebut akan memberitahu dan melaporkan secara sebenar-benarnya kepada syarikat jika berlaku kepincangan, kerosakan atau kegagalan elemen, sebelum sebarang kenyataan awam diterbitkan berhubung kereta yang diuji.


PROTON mengulas mengenai dakwaan oleh Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) berhubung ‘pelanggaran spesifikasi keselamatan’ oleh pengeluar kereta tempatan.

“Bagi hal ini, kami akan berjumpa ASEAN NCAP mengenai perkara itu memandangkan kami tidak diberitahu secara rasmi. Justeru itu, kami tidak dapat mengesahkan atau menafikan perkara berkenaan,” menurut PROTON. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori