Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hanya Mahkamah Tentukan Siapa...

KUALA LUMPUR - Hanya pihak mahkamah yang akan menentukan identiti individu dalam video...

Dua Model Rumah Untuk...

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan dua model rumah bernilai RM48,000 seunit bagi...

‘Pok Ya Cong Codei...

MENDAPAT sambutan memberangsangkan baru-baru ini, Sabri Yunus tidak menolak kemungkinan sekuel telefilem Pok...

Kak Hassanah Kini Trending,...

NAMA seorang wanita yang dikenali sebagai 'Kak Hassanah' kini menjadi trending di media...

Proton Wira ‘Terbang’, Tergantung Atas Pagar Rumah

GAMBAR sebuah kereta Proton Wira yang ‘terbang’ lalu tersangkut pada tiang rumah dalam satu kejadian kemalangan di Kedah baru-baru ini menjadi viral di media sosial.

Bagaimanapun mangsa, Mohd Khairul Zaini Abd Rahman, 24, yang memandu kereta terbabit hanya mengalami cedera ringan di kepala setelah keretanya hilang kawalan dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.

Kejadian berlaku sewaktu dia dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Pekan Baling.

wira1

wira2

wira3

wira4


Dikatakan dia tertekan pedal minyak sebaik menghampiri kawasan selekoh menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbalas

“Apabila sampai di kawasan selekoh, saya mahu menekan brek tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan kereta hilang kawalan lalu terbabas.

“Saya jadi panik dan tidak sedar kereta tersangkut. Apabila membuka pintu kereta barulah saya sedar tidak boleh turun kerana tergantung,” katanya memetik laporan myMetro.

Dia akui bersyukur kerana terselamat walaupun keretanya tersangkut di atas tiang pagar setinggi dua meter dalam kejadian terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori