Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dagangan Bursa Malaysia Ditutup...

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri dagangan tidak menentu pada Khamis, dipacu...

Komen Pembaca Tanggungjawab Portal...

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengambil tindakan ke atas pengendali...

Lelaki Patah Bahu Terjatuh...

GERIK: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Taman Tasik...

Lori ‘PKR’ Lari Roadblock,...

SEBUAH lori muatan berlebihan yang enggan melalui pemeriksaan polis terpaksa dilepaskan beberapa das...

Rakyat Malaysia Didakwa Import Dadah Ke Melbourrne

MELBOURNE – Seorang rakyat Malaysia kini berada dalam tahanan selepas didakwa mengimport dua liter cecair methamphetamine ke Melbourne.

Tze Thong Too, 24, ditahan di pinggir bandar Fitzroy di sini pada Khamis dalam satu operasi bersama melibatkan Polis Victoria, Polis Persekutuan dan pegawai Australian Border Force (ABF), demikian menurut laporan Australian Associated Press.

ABF mengesan penghantaran itu, yang datang dari Hong Kong dan China, dan menahan lelaki tersebut yang memiliki 680g kristal methamphetamine, kata polis.

Sebuah restoran di Fitzroy dan pangsapuri di bandar Melbourne digeledah berikutan penangkapan lelaki itu.


Tze didakwa mengimport dadah terkawal dalam kuantiti komersial dan ditahan reman.

Sementara itu, seorang rakyat Malaysia berusia 31 tahun ditahan di pangsapuri berkenaan kerana visanya telah tamat tempoh dan dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen Maribyrnong. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori