Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

54 Tahun Penubuhan, PKNS...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus memberi tumpuan kepada usaha...

Helikopter Bomba Terbangkan Pelajar...

LIPIS: Helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pengkalan Udara,...

UNISZA Sedia Bilik Pelajar...

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif membuka penempatan sementara...

Peguam Najib Persoal Hakim...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin diberitahu bahawa terdapat bahaya jelas...

Rakyat Malaysia Mangsa Culik Masih Selamat – Polis

KUALA LUMPUR – Dua rakyat Malaysia yang dipercayai diculik kumpulan militan bersenjata dari selatan Filipina pada Mei lalu masih selamat, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata pihak polis masih dalam proses rundingan bagi membebaskan mereka.

“Rundingan masih diteruskan dan kita sedang berusaha untuk mengurangkan permintaan (wang tebusan) mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai kes Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fen, 39, yang diculik pada 14 Mei lalu oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan kira-kira pukul 7.45 malam.


Kedua-duanya kini dipercayai berada di kawasan pedalaman selatan Filipina yang bersempadan dengan Sabah.

Semalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan bahawa keluarga mangsa menerima panggilan ugutan untuk pihak penculik memancung kedua duanya sekiranya wang tebusan yang diminta mereka tidak dibayar.

Jalaluddin sebelum ini dilapor sebagai berkata jumlah wang tebusan awal iaitu sebanyak RM60 juta berjaya dikurangkan sehingga melebihi 50 peratus selepas beberapa kali rundingan dijalankan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori