Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kekecohan Meletus Di Perhimpunan...

LOS ANGELES - Perhimpunan pro-Donald Trump di selatan California menjadi kecoh selepas seorang...

Ada Individu Beri Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memaklumkan ada individu menyumbang sebanyak...

Rasuah: Pegawai Kanan Perikanan...

LABUAN - Seorang pegawai kanan Jabatan Perikanan Labuan direman tujuh hari bagi membantu...

Piala AFF: Safawi Rasid...

KUALA LUMPUR - Penyerang muda kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid tidak risau akan prestasinya...

Rakyat Perlis Dilarang Buat Pembakaran Terbuka

KUALA PERLIS – Penduduk di negeri ini termasuk petani dilarang melakukan pembakaran terbuka untuk mengurangkan masalah jerebu, kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kassim.

Beliau berkata walaupun selama ini para petani diberi kelonggaran membakar jerami padi mereka selepas menuai padi, tetapi dalam keadaan jerebu masa kini, mereka dilarang berbuat demikian.

Sebanyak 63 anggota Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) membuat pemantauan di seluruh negeri untuk mengesan mereka yang melakukan pembakaran terbuka.

“Kalau aktiviti itu dapat dikesan, para anggota berkenaan akan terus membuat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk tindakan selanjutnya,” kata Mat Rawi kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Alam Sekitar peringkat negeri di Kampung Kurong Tengar di sini hari ini.


Mat Rawi berkata mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 dan jika kes dibawa ke mahkamah, mereka boleh didenda maksimum RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Wp2Bp4yEuU8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori