Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jenama Daging Logo Halal...

KUALA BERANG - Kerajaan masih belum boleh mengumumkan nama syarikat dan jenama daging...

Guna Kemahiran Untuk Membangunkan...

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihatkan graduan politeknik agar...

Tiada Laporan Video Pelajar...

SHAH ALAM - Polis masih tidak menerima sebarang laporan mengenai video yang menunjukkan...

Joy Sering Ingkar, Hafiz...

KONTROVERSI rumah tangga antara penyanyi, Hafiz Hamidun dan personaliti media sosial, Joy Revfa...

Rampas Rokok Seludup & Mercun Dengan Nilai Duti & Cukai RM1.3j

KUANTAN – Polis Marin Wilayah Tiga berjaya merampas rokok seludup dan mercun dengan nilai duti dan cukai kira-kira RM1.3 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Seri Teruntum, dekat sini Khamis petang.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 3, ACP Azami Ibrahim berkata rampasan itu merupakan yang terbesar selepas dua rampasan sama sebelum ini menjadikan nilai keseluruhan duti dan cukai berjumlah kira-kira RM2 juta tahun ini.

Azami berkata, rampasan yang dijalankan pasukan itu semalam dilakukan hasil maklumat awam dan risikan setelah mereka mengekori sebuah van jenis Toyota berwarna putih dalam keadaan mencurigakan keluar dari kawasan Batu 5, berhampiran Kuala Sungai Kuantan.

“Sampai di kawasan perumahan itu, van berkenaan dilihat berlegar-legar sebelum memasuki sebuah rumah di situ dan polis kemudian membuat serbuan ke atas rumah berkenaan selepas setengah jam tiada pergerakan dari van berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.


Azami berkata hasil pemeriksaan terdapat dua orang lelaki dalam rumah berkenaan iaitu seorang berbangsa Cina berumur 30 tahun dan warga Myanmar yang berumur 25 tahun bersama sejumlah jenis rokok seludup pelbagai jenama dan mercun.

“Dipercayai rokok dan mercun berkenaan dibawa masuk dari sempadan Thailand dan Johor untuk pasaran sekitar negeri ini termasuk bandar Kuantan.

“Kedua-dua suspek kita tahan bersama barang rampasan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastan 1967 dan Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori