Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pejabat Akmal Nasir Disimbah...

KUALA LUMPUR - Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd...

RUU 355: Ratusan Berdemo...

PETALING JAYA - "Hancur Nanyang!"... demikianlah gema ratusan peserta perhimpunan protes karikatur disiarkan...

Najib Selesai Keterangan Di...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi keterangan kira-kira...

120 Sukarelawan KKMM Bertolak...

PUTRAJAYA - Sebanyak 120 sukarelawan dari pelbagai jabatan dan agensi Kementerian Komunikasi dan...

Ratusan Ribu Pasang Selipar Ada ‘Kalimah Allah’ Di Indonesia

JAKARTA – Sebuah syarikat Indonesia, PT Pradipta Perkasa Makmur (PPM) mendakwa pihaknya secara tidak sengaja menghasilkan ratusan ribu selipar jenama Glacio siri G-2079, dengan ‘kalimah Allah’ di bahagian tapaknya.

Anak pemilik syarikat tempatan itu, Long Hwa, berkata pihaknya menghasilkan selipar itu sejak setahun lalu, bahkan berjaya memasarkan produk itu ke seluruh Indonesia, termasuk wilayah padat penduduk, Jawa Timur.

Menurut Hwa, sejak menghasilkan selipar berharga 10,000 rupiah (kira-kira RM3) sepasang itu, syarikatnya tidak pernah langsung menerima sebarang aduan daripada para pelanggan khasnya yang beragama Islam selama ini.

Namun bulan ini, dia diberitahu bahagian tapak kaki selipar itu bermasalah dan sebaik sahaja dimaklumkan ada kalimah Allah di bahagian tapaknya yang mungkin ‘menyusahkan’ umat Islam, maka PT PPM memohon maaf.

Kata Hwa, selipar tersebut sebenarnya dihasilkan dengan menggunakan acuan cetak yang dipesan PT PPM khas dari China serta meliputi pelbagai saiz dan warna itu sudah lama berada di pasaran seluruh Indonesia.

“Sebelumnya kami tidak tahu. Ini bukan dilakukan sengaja. Justeru, melalui PWNU (Pengurus Wilayah Nahdhatul Ulama) Jawa Timur, saya selaku anak pemilik perusahaan, meminta maaf khususnya dari umat Islam,” kata Hwa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita tempatan semasa proses memusnahkan sejumlah 10,000 pasang selipar jenis tersebut di pejabat PWNU Jawa Timur, Jalan Masjid Al Akbar Surabaya pada 13 Oktober lalu.

Baca: Corak Tapak Selipar Tertulis Kalimah Allah Cetus Kemarahan

selipaa

Selipar santai berkenaan jelas Hwa, dilaporkan amat laris dalam kalangan masyarakat dan mudah didapati di pasaran Jawa Timur, kerana kilang perusahaan PT PPM kebetulan di Jalan Wringin Anom, Gresik dekat sini.


“Untuk itu, melalui PWNU Jawa Timur ini, kami selaku pemilik perusahaan meminta maaf kepada saudara-saudara umat Islam, atas ketidaktahuan kami ini,” ujarnya lagi yang dipetik stesen Channel NewsAsia Singapura.

Ekoran sudah terlanjur dijual di pasaran, Hwa memberitahu para pelanggan yang membeli selipar dengan kalimah Allah itu supaya segera mengembalikannya ke syarikat itu atau ke kedai di mana mereka membelinya.

“Selipar yang dikembalikan itu akan segera dimusnahkan. Kami malah akan menggantikannya dengan yang baharu atau mengembalikan wangnya balik kepada pelanggan jika tiada stok bersesuaian,” jelas Hwa.

PWNU Jawa Timur juga menerima surat permohonan maaf PT PPM pada 12 Oktober lalu dan meminta pemilik syarikat itu agar datang ke Surabaya untuk membakar selipar berkenaan di hadapan warga Surabaya sendiri.

Proses pemusnahan 10,000 pasang selipar itu telah diadakan pada Selasa lalu bertempat di halaman depan pejabat PWNU Jawa Timur yang turut disaksikan pihak polis wilayah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Sebagai Muslim yang baik dan taat kepada ajaran Islam serta junjung tinggi martabat kemanusiaan, PWNU menerima ketulusan permohonan maaf ini,” kata Kiai Mutawakil kepada media. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori