Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Parlimen Maldives Sokong Sertai...

MALE - Parlimen Maldives menyokong cadangan kerajaan untuk menyertai semula Negara-Negara Komanwel, memetik...

Perpaduan Rakyat Penting Bangunkan...

SANDAKAN - Perpaduan rakyat harus dikekalkan yang menjadi faktor penting kepada usaha membangunkan...

Hukuman Penjara Datuk Ditambah...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk terpaksa meringkuk lebih lama di...

Trump Pilih Naik Kereta...

LONDON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilapor mengemukakan permintaan khas menjelang lawatannya...

Remaja Disalah Sangka Pembuat Bom Jadi Tetamu Rumah Putih

WASHINGTON – Seorang remaja Islam yang sebelum ini ditahan di sekolahnya kerana disalah sangka jam buatan sendirinya sebagai bom jangka, melawat Rumah Putih pada Isnin selepas dijemput sendiri Presiden Barack Obama.

Ahmed Mohamed menyertai sekumpulan pelajar, guru, saintis, angkawasan dan selebriti termasuk hos program ‘Myth Busters’ pada Malam Astronomi Rumah Putih.

Ketika membuat jam sendiri itu, Mohamed berharap guru di sekolahnya di Texas akan bangga dengan ciptaannya, tetapi kalangan guru lain yang curiga membuat laporan polis.

Gambar menunjukkan Mohamed bergari dengan memakai baju T yang tertera logo NASA telah di ulang Tweet beribu-ribu kali dalam masa beberapa jam saja dengan hashtag “#IStandWithAhmed” menjadi kiriman paling trending di Twitter.

Bagaimanapun, Mohamed berjaya mengkagumkan Obama yang bangga dengan bakat remaja itu sekali gus meredakan ketegangan terhadap pihak sekolah dan polis di tengah-tengah dakwaan mengenai Islamophobia.


“Canggih jam tu Ahmed. Nak bawanya ke Rumah Putih? Kita patut menggalakkan lebih ramai anak muda seperti anda meminati sains.

Inilah yang menjadikan Amerika hebat,” kata Obama dan kirimannya di Twitter. Dalam pada itu, pada majlis pada Isnin itu, Obama tidak menyebut nama Mohamed secara khusus, tetapi bercakap mengenai perlunya para guru, ibu bapa dan semua pihak berkaitan memberi galakan kepada anak muda untuk meneroka dan maju.

“Kita perlu suburkan, beri galakan terhadap sebarang rasa ingin tahu mereka, bukannya sekat atau halang mereka,” katanya. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori