TERSENTUH hati kami tatkala membaca luahan seorang lelaki mengenai bayi yang tidur nyenyak beralaskan baju ibunya yang kini sedang koma dan terlantar di sebuah hospital.
Meskipun baharu berusia enam bulan, bayi yang dikenali sebagai Ariq ini bagaikan sudah mengerti erti sayang dan rindu.
Mungkin inilah yang dikatakan kasih ibu dan anak sememangnya tiada batasan.
Menurut lelaki bernama Zakry Mahkota ini, ibu bayi ini yang merupakan birasnya sudah hampir seminggu terlantar di wad unit kecemasan rapi (ICU).
Ini kerana wanita tersebut mengalami pendarahan yang teruk di kepala dan badan selepas dirempuh oleh seekor lembu korban sempena Aidiladha tempoh hari.
Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa ibu bayi ini yang bernama Norpiah Mattahari sedang bertugas selaku Pegawai Felcra penghantar lembu korban di sebuah kampung yang terletak di Pulau Pinang.
Luahan Zakry Mahkota;
Kerinduan terhadap ibunya. Baby Ariq tidur atas baju ibunya dengan nyenyak sekali. Kebiasaan Baby Ariq tidur atas badan ibunya setiap malam. Sudah seminggu ibunya koma di Hospital Pulau Pinang akibat insiden ditanduk lembu korban.
Baby Ariq juga demam sehari sebelum kejadian. Sangat sebak dalam menjaganya ketika demam ditambah dengan kerinduan terhadap ibunya.
Mohon saudara mara, sahabat handai dan rakan-rakanku sama-sama berdoa untuk ibunya Norpiah Binti Mattahari kembali sedar dengan normal dan sihat seperti sedia kala. Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik kamu semua.
Marilah sama-sama kita doakan agar ibu kepada bayi Ariq ini kembali sihat seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=evsIA8jUY34