Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

15 Warga Asing Ditahan...

GEORGE TOWN - Polis menahan 15 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Op...

Mohamaddin Ketapi Tinggalkan Warisan

KOTA KINABALU - Situasi Parti Warisan (Warisan) yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie...

Isu Pas Calon Timbulkan...

REMBAU - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pejabat daerah Rembau menunjukkkan calon gabungan...

Yahaya Ismail Nafi Ugut...

KUALA LUMPUR - Penulis Yahaya Ismail menafikan dakwaan kononnya telah memeras ugut Presiden...

Rumah Mangsa Banjir Di Kelantan Siap Jun 2016 – Mustapa

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan pembinaan semua 1,759 rumah kekal baharu (RKB) untuk mangsa banjir di Kelantan akan siap sepenuhnya antara Mac dan Jun tahun depan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata tumpuan sekarang adalah untuk membina rumah yang belum siap berikutan kerajaan berjaya menyelesaikan beberapa isu yang melambatkan pembinaan rumah berkenaan, terutama pemilikan tanah untuk tapak rumah.

“Janji asal sebelum akhir tahun ini (semua rumah siap), kita tidak menyangka bahawa isu tanah begitu rumit sekali dan sekarang ini soal tanah untuk pembinaan rumah berkenaan di semua jajahan terbabit sudah selesai,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, tanah yang disediakan untuk pembinaan rumah berkenaan terutama di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai melibatkan tanah milik agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan individu. Beliau berkata, setakat ini daripada 1,759 RKB itu, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyiapkan pembinaan 142 RKB manakala 301 RKB lagi dalam pembinaan dan 218 RKB di peringkat pra pembinaan.

RumahKerajaanPusat-manekUrai

Katanya, pada peringkat awal, dianggarkan 1,827 rumah musnah akibat banjir yang berlaku pada Disember tahun lepas, bagaimanapun selepas semakan dibuat, hanya 1,759 rumah musnah dan layak dibina semula dengan RKB.


Sementara menunggu RKB siap, mangsa banjir yang kehilangan rumah ditempatkan sementara di rumah transit.

Mengenai 127 keluarga yang masih tinggal di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani di Gua Musang, Mustapa berkata daripada jumlah itu, hanya 94 keluarga adalah mangsa banjir manakala 33 keluarga lagi bukan mangsa banjir.

Beliau berkata, pihak PLKN membenarkan 94 keluarga itu tinggal di kem berkenaan hingga Mac depan sebelum berpindah mendiami RKB manakala 33 keluarga bukan mangsa banjir diarah kembali ke rumah masing-masing.

Sementara itu, 12 keluarga mangsa banjir yang masih tinggal di dalam khemah di Bandar Utama Gua Musang dijangka mendiami RKB selewat-lewatnya Mac depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori