Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS Putus Kerjasama Talak...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa...

KWP Nilai 3 Aspek...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sentiasa memastikan dan menilai tiga aspek...

Boleh Hilang Pencen Jika...

KUALA LUMPUR - Pesara kerajaan yang disabit kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Bukan Semua Hidangan RM5...

MELAKA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mengesan...

MotoGP: Saingan Sengit Antara Rossi & Lorenzo Di Sepang

SEPANG – Pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi mengakui perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Sepang hujung minggu ini pasti sengit antara dia dan rakan sepasukan, Jorge Lorenzo.

Ketika berbaki dua perlumbaan untuk menentukan siapa bakal muncul juara dunia MotoGP musim ini, hanya 11 mata yang memisahkan antara Rossi dan Lorenzo.

Ketika ini Rossi mendahului senarai pelumba dengan 269 mata.

Rossi, 36, berkata adalah penting untuknya mengelak melakukan kesilapan dalam perlumbaan di Sepang Ahad ini apa lagi hanya ada baki dua perlumbaan musim ini.

“Ia adalah musim yang panjang dan saingan mata dengan Jorge begitu sengit. Kami sudah melalui pelbagai detik dan kini hanya 11 mata memisahkan kami. Saya sedar baki saingan kini semakin sukar tetapi pada masa sama pertarungan ini sesuatu yang menarik untuk diikuti.

“Litar Sepang cukup hebat, saya sukakannya dan pasti ramai pelumba juga begitu kerana reka bentuknya menarik. Ini menjadikannya lebih sukar ditambah dengan keadaan cuaca yang panas tetapi pada masa sama, ia adalah masa yang menarik untuk berlumba di sini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Rossi mengharapkan pengalamannmya beraksi di Litar Sepang untuk mengulangi kejayaan seperti yang dikecapinya pada 2003, 2004, 2006, 2008 dan 2010.

Sementara itu, Lorenzo, 28, yang juga juara dunia 2010 dan 2012, masih belum pernah mengecap kemenangan di Sepang.

“Tiada tekanan untuk saya. Kami mempunyai peluang sama untuk menang dan akan melakukan yang terbaik tanpa rasa gentar. Kita tunggu apa yang akan berlaku,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori