Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Belia Tidak Harus Dipinggirkan...

PUTRAJAYA - Golongan belia atau Generasi Y tidak seharusnya dipinggirkan daripada aktiviti atau...

MCA NS Usaha Dapa...

SEREMBAN - MCA Negeri Sembilan berharap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta pihak berkaitan...

Kisah Di KFC Yang...

SEBUAH kisah benar yang menarik ini asalnya telah dikongsikan di pautan Facebook Riff...

Indonesia Jamin Tiada Jerebu...

KUALA LUMPUR - Indonesia hari ini memberi jaminan kepada jirannya di rantau ASEAN...

Sambutan Perkhidmatan MyBas Di Perlis Memberangsangkan

KANGAR – Perkhidmatan bas henti-henti MyBas yang diperkenalkan pada Ogos lalu di Perlis mendapat sambutan yang memberangsangkan dan semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Sabry Ahmad memberitahu, semasa bulan pertama perkhidmatan tersebut diperkenalkan Ogos lalu jumlah penumpang sebanyak 18,000 orang.

“Sepanjang September lalu pula, jumlah itu meningkat kepada 23,000 orang yang kebanyakkannya pelajar-pelajar sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi,” katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau menambah, peningkatan jumlah penumpang itu menghapuskan dakwaan pelbagai pihak kononnya perkhidmatan berkenaan tidak mendapat sambutan dari penumpang.

Menurut Sabry, kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan bermula awal Ogos lalu untuk orang ramai mengemukakan cadangan atau pandangan bagi membaiki perkhidmatan tersebut.

Katanya, pengguna yang mempunyai cadangan atau pandangan boleh mengemukakannya kepada beliau di Pejabat Exco Kerajaan Negeri, Kompleks Dewan Undangan Negeri atau kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri.


Beliau turut mengulas permintaan penduduk di kawasan Felda Chuping yang meminta perkhidmatan bas tersebut diadakan dari kawasan Felda berkenaan ke Kangar.

Menurut Sabry, kerajaan negeri terpaksa memenuhi keputusan awal perkhidmatan dari Felda Chuping terus ke Arau dan penumpang dari Felda Chuping boleh transit dari Arau ke Kangar.

Bagaimanapun, katanya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Chuping boleh membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan perkhidmatan terus dari Felda Chuping ke Kangar sebagaimana yang diminta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori