Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Trak Bawa 41 Butir...

NARATHIWAT – Polis Thailand menemukan 41 butir bom buatan sendiri bersama-sama alat pengaktifnya...

Tsai Ing-wen Jadi Presiden...

TAIPEI - Calon parti pembangkang utama Taiwan, Tsai Ing-wen bakal menjadi Presiden wanita...

VIDEO: Peserta Payung Terjun...

MENCEMASKAN..!Seorang lelaki yang sedang melakukan terjunan udara telah dirakam mengalami serangan sawan ketika berada...

65 Penumpang Cedera LRT...

KUALA LUMPUR - Seramai 65 penumpang termasuk enam warga asing yang cedera dalam...

Samsung Perkenalkan Galaxy On5 & On7 Di China

PADA tahun ini, Samsung mengatakan permintaan untuk peranti berspesifikasi pertengahan dilihat agak tinggi menerusi penjualan peranti pintar daripada keluarga Galaxy J.

Kini, mereka turut menyenaraikan sebuah lagi peranti baru berspesifikasi pertengahan iaitu Galaxy On.

Menerusi laman web rasmi mereka, Samsung menyenaraikan peranti dibawah keluarga Galaxy On ini mempunyai rekaan seumpama daripada Galaxy J.

Rekaan Galaxy on yang seakan peranti premium ini dijanakan menggunakan cip pemprosesan Samsung tersendiri, iaitu Exynos.Samsung-Galaxy-On7-imagesGalaxy On7 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, sementara Galaxy On5 pula membawakan skrin bersaiz 5-inci. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Exynos 3475, dan memori 1.5GB RAM.

Untuk tujuan merakamkan gambar, Samsung menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan Android 5.1 Lollipop, serta antaramuka TouchWiz.


Menariknya, di China, Samsung membenarkan pengguna membuang aplikasi yang hadir terbina dan memperluaskan ruangan storan.

Samsung masih tidak mengumumkan harga jualannya buat masa ini, dan telefon pintar ini turut dijangka akan dipasarkan di beberapa negara selain China buat masa ini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Gadgets360

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori