Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Kutuk Sekeras-Kerasnya Gejala...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengutuk...

Syarikat Kereta China Tiru...

SYARIKAT pengeluar kereta Land Rover dikatakan mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat pengeluar...

LGBT: Surat Terbuka Seorang...

KUALA LUMPUR - Desakan aktivis masyarakat, Datin Marina Mahathir agar golongan Lesbian, Gay,...

Dituduh Sombong Tolak Bergambar...

PETALING JAYA - Pelakon Zain Saidin terkejut apabila dituduh bersikap sombong kononnya dia...

21 Kawasan Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Pelabuhan Kelang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 174, diikuti Shah Alam (157) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (146).

Kawasan-kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya (140); Banting dan Kuala Selangor (masing-masing 137); Tanjung Malim (133); Putrajaya (130) dan Tawau (123).

Cheras, Kuala Lumpur (121); Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (117); Seri Manjung (114); Seremban (115); Jalan Tasek, Ipoh (112); Bukit Rambai, Nilai dan Jerantut (masing-masing 110); Bakar Arang, Sungai Petani (107); Port Dickson (106); Kuala Terengganu (105) dan Kemaman (103).

Sebanyak 29 kawasan pula merekodkan bacaan IPU sederhana, antaranya Bandaraya Melaka (97), Balok Baru, Kuantan (95) dan Alor Setar (91).


Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori