Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pegawai FBI Kahwin Dengan...

CINTA itu buta dan itu yang ditunjukkan oleh seorang pegawai FBI, Daniela Greene,...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dan bergelora kategori pertama di kawasan...

Pesawat polis Iran Terhempas,...

TEHRAN - Sebuah pesawat polis Iran terhempas semalam, mengorbankan tujuh orang, termasuk seorang...

Semangat Merdeka, Halikin Cat...

SANDAKAN - Atas semangat kemerdekaan, seorang pemilik rumah mengambil inisiatif mengecat rumahnya dengan...

Sebanyak 24 Kawasan Rekod IPU Tak Sihat Setakat 5 Petang

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 5 petang ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan berkenaan ialah Pasir Gudang yang mencatat IPU tertinggi dengan bacaan 147, diikuti Pelabuhan Klang (146); Bandaraya Melaka (138); Shah Alam (135); Banting dan Larkin Lama (133).

Putrajaya dan Bukit Rambai (masing-masing 132); Kota Tinggi (130); Kuala Selangor (129); Muar (128); Port Dickson (127) dan Seremban (126).

Manakala 24 kawasan lagi merekod bacaan IPU sederhana.


Hanya dua kawasan merekod bacaan sihat iaitu Wilayah Persekutuan Labuan (44) dan Limbang (33).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori