Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Panel Pesawat KLM Jatuh...

TOKYO - Sekeping panel seberat 4.3 kilogram dari sebuah pesawat terjatuh sehingga memecahkan...

PBNJ Peruntuk 100 Tiket...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memperuntukkan sebanyak 100 keping...

SPR Adakan Mesyuarat Khas...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi...

Felda Bakal Wujud Sekolah...

TANJUNG MALIM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengadakan kerjasama dengan Khaza­nah...

Sejak Bila Orang Awam Boleh Pakai Vest PDRM?

TINDAKAN beberapa ahli anggota Kelab Anti Jenayah dan Dadah Malaysia yang menggunakan vest berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima kritikan hebat netizen di media sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh Kuan Chee Heng, mempersoalkan tindakan beberapa individu daripada kelab terbabit yang dilihat seakan mempunyai ‘kuasa’.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah salah seorang daripada individu yang menggunakan vest terbabit mengatakan yang dia mempunyai pangkat ketua polis daerah (OCPD) di dalam kelab tersebut.

lol

“Dia mendakwa dirinya sebagai OCPD Kelab Anti Jenayah dan Dadah dan boleh menggunakan vest PDRM. Ini mana punya law you pakai? Jangan jadi bodoh, hanya polis sahaja yang boleh menggunakan vest sedemikin”– tulis Kuan Chee Heng

11

22

33


44

Seperti sedia maklum, pakaian yang mempunyai logo atau lambang PDRM adalah dikhaskan kegunaanya untuk anggota-anggota PDRM yang sah dilantik, adalah bersalah sekiranya orang awam yang menggunakannya.

Kami faham, kelab-kelab seperti ini yang menyokong unif beruniform polis tumbuh bagaikan cendawan terutama di kawasan-kawasan perumahan yang mana mereka begitu aktif dan giat menjalankan pemantauan kesalamatan penduduk sekitar.

Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah kebanyakan mereka mungkin akan menyalahgunakan ‘kuasa’ yang sudah tentu tidak diberikan kepada mereka untuk melakukan kerja-kerja penguatkuasa seperti anggota keselamatan.

Apa-apa pun, kegiatan ini perlu dibendung dan disekat serta merta demi menggelakkan kejadian yang boleh mencemarkan nama baik PDRM.-Mynewshub.cc

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori