Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

JPV Selamatkan Lembu 3...

PEKAN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini membantu memindahkan kira-kira 80 ekor...

PBB Kecam Taliban Larang...

KABUL – Arahan pemerintah Taliban yang melarang wanita bekerja untuk pertubuhan bukan kerajaan...

Pemimpin AMANAH Masuk Menghadap...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mula memasuki Istana Negara untuk...

Guna Racun Ubat Kutu,...

JAKARTA - Dua orang kanak-kanak dilaporkan telah meninggal dunia manakala ibunya serta seorang...

Sekolah Agama Tahfiz Labuan Terbakar, Semua Murid Selamat

LABUAN – Kebakaran memusnahkan 70 peratus Sekolah Agama Al Ummi Tahfiz al-Quran di sini hari ini, bagaimanapun, semua pelajar dan gurunya selamat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran di bangunan kayu dua tingkat itu yang terletak di Jalan Tun Mustapha berdekatan Kampung Gersik, berlaku pada 9.50 pagi dan api dipadamkan dalam masa 90 minit.

Asrama lelaki yang boleh menempatkan 20 pelajar lelaki berhampiran sekolah itu tidak terjejas.

Sekolah agama yang didaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ini boleh menempatkan 50 pelajar dan merupakan penempatan sementara sebelum bangunan baharunya siap di Kampung Sungai Lugu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca kebakaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori