Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Reformasi Trump: Apakah AS...

AMERIKA Syarikat (AS) selalu menganggap dirinya sebagai simbol kesejagatan dunia. AS mempromosi dirinya...

Pertimbang Lulus Pinjaman Lebih...

KUALA LUMPUR - Mah Sing Group Bhd memohon kerajaan mempertimbangkan beberapa inisiatif termasuk...

Pemuda DAP Lapor Polis...

IPOH - Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan, Howard Lee Chuan How hari ini...

Filem Raya Pendek Ini...

APABILA Ramadan menjelma, saluran televisyen di negara kita akan dipenuhi dengan iklan-iklan tentang kemuliaan...

Sekurang-Kurangnya 43 Terbunuh Nahas Bas Di Perancis

PUISSEGUIN – Sekurang-kurangnya 41 orang termasuk warga tua yang berada dalam sebuah bas terbunuh apabila kenderaan mereka naiki bertembung dengan sebuah trak dalam satu kemalangan di selatan Perancis, hari ini.

Sementara dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam trak terbabit manakala lapan yang lain cedera. Mengikut laporan media, kanak-kanak yang maut dalam trak itu berumur kira-kira tiga tahun.

Bas dan trak terbabit bertembung di satu selekoh dua lorong di kawasan hutan berhampiran Puisseguin di daerah Gironde, kira-kira 60 kilometer dari timur Bordeaux, mengikut pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.

Bas berkenaan membawa kira-kira 50 pesara untuk ke daerah Bearn di perkampungan Petit Palais.

Nahas itu berlaku hanya beberapa minit selepas mereka menaiki bas. Sementara itu, pemandu bas terbabit dilaporkan terselamat selepas dia dapat keluar melalui pintu depan ketika nahas berlaku. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, siasatan awal setakat ini mendapati semua penumpang dalam bas itu adalah warga Perancis.


Presiden Perancis, Francois Hollande, yang kini dalam rangka lawatan ke Athens, Greece, menzahirkan kesedihan dengan tragedi yang berlaku, sementara Perdana Menteri, Manuel Valls dijadualkan mengunjungi tempat kejadian.

Ia adalah kemalangan jalan raya terburuk di Perancis sejak nahas bas di Burgundy pada Julai 1982 yang mengorbankan 53 orang. – Reuters

 

[wpdevart_youtube]0EPmMKBZu-o[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • bas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori