Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Setiap Pemain Utama Kedah...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini...

Sabah Aktifkan Jawatankuasa Pengurusan...

KOTA KINABALU : Sabah mula mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi berdepan sebarang...

PIBG Perlu Bersama Atasi...

PARIT - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu bekerjasama selain tidak meletakkan...

Guan Eng Nafi E-Tunai...

PUTRAJAYA - Sebanyak 200,000 permohonan e-Tunai Rakyat diterima kerajaan menerusi tiga pengendali e-dompet...

Seorang Wanita Dan 4 Lelaki Didakwa Edar Dadah

KANGAR – Seorang wanita dan empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas tuduhan mengedar heroin seberat 30.58 gram dua minggu lalu.

Nur Shafawati Badrol, 27; Wan Ahmad Firdaus Othman, 30; Azizi Ahmad, 32; Mohd Badrol Shuib, 27, dan Nor Affendy Samad, 30, didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mereka dituduh secara bersama mengedar dadah tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tanah Timbul, Sanglang, Simpang Empat, dekat sini pada 1 Okt lalu.

Tiada pengakuan direkodkan oleh semua tertuduh yang tidak diwakili peguam setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim.

Norhayati menetapkan kes itu disebut semula pada 10 Dis depan.

Di Mahkamah sama, Ong Chin Peng, 36, dari Jitra, Kedah didakwa mengedar heroin seberat 456.08 gram di kilometer 10 Batas Lintang, Simpang Empat pada 1 Okt lepas.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan. Norhayati menetapkan 10 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kedua-dua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori