Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Van Maut, 4...

SERDANG - Seorang lelaki warga tempatan maut tersepit, manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor...

Kerajaan Percepat Jadikan Penagihan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepatkan usaha menyahjenayahkan penagihan dadah dengan menubuhkan satu...

Malaysia, Brunei Setuju Kurang...

MIRI - Kerenah bikorasi melibatkan perjalanan darat di antara Malaysia dan Brunei akan...

Tuan Ibrahim Berubah Nada...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seolah-olah membuat...

Setahun Jokowi Jadi Presiden, Jerebu Terburuk Sejarah Dunia

TANGGAL 20 Oktober 2015, genap setahun Joko Widodo menjadi Presiden Indonesia yang ketujuh menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono, sudah timbul suara-suara desakan mahu beliau segera berundur dari jawatannya.

Media tempatan pada Selasa melaporkan ramai melihat pemilihan bekas gabenor Jakarta berusia 54 tahun itu dilantik mengetuai Indonesia sebagai satu kesilapan terbesar dalam sejarah politik republik tersebut selama ini.

Personaliti beliau yang lebih mesra disebut Jokowi jauh berbeza daripada Susilo, apabila sebilangan besar warga Indonesia ‘menangisi’ pengunduran presiden keenam itu kerana kekangan daripada perlembagaannya sendiri.

Susilo melakar sejarah sebagai presiden pertama negara itu bertugas sedekad tetapi terpaksa ‘berundur’ tahun lalu susulan undang-undang melarang penyandangnya berkhidmat lebih dua penggal berturut-turut atau 10 tahun.

Baca: Isu Jerebu – Jokowi Jamin ‘Selesai’ 2 Minggu Lagi

kabut1

Secara kebetulan, calon lawan Jokowi pada pemilihan umum tahun lalu ada masalah penampilan dan pelbagai isu sampingan, maka media antarabangsa berjaya ‘menyemai’ sentimen rakyat bahawa Jokowi lebih layak dipilih.

Ramai penganalisis politik waktu itu memberi amaran, kejayaan Jokowi lebih bersifat permainan persepsi positif dan ‘perang saraf’ media sosial tetapi rakyat tiada pilihan kerana lawannya, Prabowo Subianto pula lebih teruk.

Itu cerita setahun yang lalu apabila Jokowi dilantik menjadi presiden hanya kerana populariti jentera propaganda partinya PDI-P sekali gus ‘menenggelamkan’ banyak sisi hitam beliau waima cuba disembunyikan sebaik mungkin.

Hari ini selepas setahun berkhidmat, kisah kegagalan Jokowi tidak dapat disorokkan lagi malah ‘terbongkar’ secara semula jadi, bukan oleh musuh-musuh politiknya tetapi bencana kuasa alam ciptaan Ilahi yang dipanggil jerebu.

Baca: Marah Disindir, Indonesia Guna Bahan Kimia Terkuat!

Bahkan sebuah akhbar terkenal negara itu, Republika yang cenderung gerakan Islam dan diasaskan pada 1992 lalu oleh bekas presiden B.J. Habibie; baru-baru ini menyiarkan di muka depannya penuh dengan suasana kabur.

Ia menjadi viral di Indonesia sebagai simbolik betapa pembaca sendiri pun ‘susah’ hendak membaca muka depan akhbar harian tersebut akibat masalah jerebu yang kali ini dianggap paling buruk dalam rekod sejarah dunia.

Ironi pada 10 Oktober lalu, Jokowi dengan penuh yakin mendakwa, isu jerebu atau asap kabut dalam bahasa Indonesia itu bakal lenyap menjelang dua minggu lagi bersempena genap setahun beliau menjadi presiden.

Malangnya ia nyata amat mustahil kecuali berlaku keajaiban dan lebih teruk, Palangkaraya sebuah bandar terbesar di wilayah Kalimantan Tengah menjadi viral ekoran diselimuti jerebu kuning pekat sejak Jumaat minggu lalu.


Baca: NASA Beri Amaran, Jerebu Bakal Jadi Terburuk Dalam Sejarah

Bayangkanlah dengan bacaan rasmi Indeks Standard Pencemaran Udara dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia yang mencecah 2,483 serta jarak penampakan pula hanya 10 meter sahaja!

Malangnya badan berkenaan mendapati tiada titik panas dikesan di wilayah tersebut sebaliknya jerebu dibawa dari wilayah berjiran termasuk pulau Sumatera yang dilanda puluhan pembakaran hutan dan ladang pertanian.

Tidak semena-mena juga terminal udara Pangkalan Bun yang sebelum ini glamor semasa tragedi pesawat AirAsia QZ8501 terhempas akhir tahun lalu terpaksa diaktifkan semula untuk kerja-kerja operasi pemadaman api pula.

Mungkin inilah kejayaan terbesar Jokowi apabila masyarakat antarabangsa mengenali beliau dengan isu jerebu dan lebih aib, carian terkini Google sendiri menunjukkan ‘Jokowi Asap’ antara dicari netizen dari seluruh dunia.

Baca: Indonesia Akhirnya Setuju Terima Bantuan Luar

 

Barang kali apakah kita boleh lagi mempercayai jaminan Jokowi kononnya masalah jerebu dapat ditangani dalam masa kurang empat hari lagi ini iaitu genap dua minggu tempoh tarikh akhir yang diarahkan beliau sebelum ini?

Jika gagal, Jokowi sewajarnya mengundur diri kerana tidak mampu pun untuk menguruskan masalah dalaman negaranya akibat kurang langkah penguatkuasaan sehingga ‘menyusahkan’ pula banyak jirannya sejak dahulu lagi.

Apa yang pasti, ia beri pengajaran berguna kepada kita bahawa pemimpin ‘popular’ belum tentu hebat dan sejarah membuktikan, bagaimana Susilo berjaya memerintah Indonesia 10 tahun tanpa masalah waima kurang popular.

Jokowi patut malu dengan Susilo kerana beliau sudah ‘mempermainkan’ harapan rakyat, walhal pentadbirannya pula lebih teruk dan sukar dipercayai kecuali ada keajaiban muncul tiba-tiba. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori