Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Konsert Khas Buat Pemuzik...

KUALA LUMPUR - Bagi memperingati legenda muzik rakyat Hungary, Zoltan Kodaly, satu konsert...

Mahathir Sakit Lagi, Gagal...

ALAHAI... Tidak sampai 24 jam diumumkan sebagai calon gabungan pembangkang bagi kerusi Parlimen...

Anwar Ibrahim Tiba Di...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman sebentar tadi untuk...

Tiga Asteroid Besar Lintasi...

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) semalam mengeluarkan amaran...

Shah Iskandar Alu-Alukan Tajaan Untuk Majlis Kahwin

BERPEGANG atas prinsip rezeki jangan ditolak, pelakon kacak Shah Iskandar yang bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi mengakui dia mengalu-alukan jika ada pihak yang bermurah hati mahu menaja perkahwinannya.

https://instagram.com/p/7nYRe4PtVC/?taken-by=shahiskandarmahfuz

 

“Kalau boleh saya nak uruskan majlis perkahwinan saya ini dengan duit titik peluh sendiri terutama sekali dalam penyediaan katering.

“Tetapi sekiranya ada pihak yang berminat nak menaja, saya alu-alukan dan lahirkan rasa syukur, kata orang rezeki jangan ditolak.


“Paling penting majlis pernikahan dan resepsi nanti berjalan dengan lancar, Insya-Allah. Persediaan dari segi mental dan fizikal itu penting sebelum mengubah status kita daripada bujang kepada suami orang,” ujarnya kepada rancangan Melodi.

Pada masa yang sama, pelakon kelahiran Singapura ini turut meluahkan ucapan terima kasihnya kepada peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan mendoakannya.

Sebelum ini, Shah ada memberitahu dia bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan dan akan memaklumkan tarikh perkahwinannya itu kelak kepada umum. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori