Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perubahan Jadual KTM Komuter...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan KTM Komuter akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu berkuat...

Kena Matikan Handphone Malam...

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini meningatkan kepada orang ramai agar mengabaikan sebarang...

Pelajar Tingkatan Dua Lemas...

KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Felda Bukit Goh di sini...

Malaysia Bergaya Benam Korea...

SKUAD B-23 Malaysia lakar kejutan terbesar dalam Sukan Asia 2018 selepas menang 2-1...

PRU14: Siapa Berpotensi Menang Bertanding – Suhaizan

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan PAS supaya tidak meletakkan calon dalam kawasan yang ditandingi parti itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14

Pemimpin PAN, Suhaizan Kaiat berkata, pemimpin pembangkang perlu berpegang kepada realiti parti mana yang boleh menang dalam kawasan-kawasan pilihan raya tertentu.

“Banyak dibincangkan berkenaan pertandingan tiga penjuru. Pada saya mudah sahaja.

“Jika sesuatu Parlimen itu mengikut kajian A lebih berpotensi untuk menang maka A yang lawan. Jika B kurang berpotensi menang tapi masuk jugak bertanding maka B sebenarnya parti yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN). Mudah sahaja. Tak perlu pening-pening kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Parti-parti pembangkang kini bergelut dengan isu pra perebutan kerusi yang bakal ditandingi selepas perpecahan yang berlaku ke atas Pakatan Rakyat.

Ia berikutan penegasan bahawa PAS akan tetap meletak calon di kawasannya dalam PRU14 sekali gus meresahkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN yang kini bergabung sebagai Pakatan Harapan.

Senario itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu BN menentang dua parti pembangkang dalam kerusi yang sama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori