Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pusat Beli-Belah Disaran Guna...

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan kompleks membeli-belah disarankan supaya menggunakan sistem siar raya (PA...

Luna Maya Temui Pengganti...

MUNGKIN ramai yang belum tahu pengacara dan pelakon popular negara seberang, Luna Maya...

[RASMI] Sheikh Umar Gagal...

JOHOR BAHRU : Calon DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali gagal mempertahankan kerusi Dewan...

SPRM Cuai, Keluarga Ahmad...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kecuaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Sindiket Jual Kucing Hutan Secara Online Berleluasa

KUANTAN – Permintaan yang menggalakkan selain tawaran harga lumayan mencecah RM6,000 seekor, menjadi faktor utama aktiviti menjual kucing hutan kini semakin berleluasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd. Sharif berkata, selain dilakukan oleh sindiket yang menjual haiwan berkenaan secara atas talian, kegiatan haram terbabit turut membabitkan segelintir masyarakat Orang Asli.

“Pihak Perhilitan memandang amat serius aktiviti simpan dan kemudian jual kucing hutan atau nama saintifiknya Prionailurus Planiceps.

“Selain melakukan pemeriksaan, anggota penguatkuasa turut akan terus memantau laman sosial yang terbabit dengan aktiviti jual kucing hutan,” katanya.

Khairiah berkata, dalam tempoh dua tahun sejak 2012, pihaknya berjaya merampas sebanyak 21 ekor kucing hutan membabitkan lapan kes di negeri ini yang dijual secara terbuka dan juga atas talian.

“Enam ekor kucing hutan telah dirampas pada 2012 manakala 15 ekor lagi pada 2013 yang merupakan milik peminat kucing tempatan dan juga dalam simpanan Orang Asli.


“Kucing hutan dijual pada harga antara RM500 hingga RM6,000 seekor, harga haiwan itu yang banyak terdapat dalam kawasan hutan kecil dan ladang kelapa sawit bergantung kepada jantina, umur, saiz dan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, tiga kes membabitkan rampasan 10 ekor kucing hutan membabitkan jualan atas talian, selepas mendapat maklumat anggota penguatkuasa membuat serbuan.

“Memiliki dan menyimpan kucing hutan suatu kesalahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori