Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Untunglaa.. Murid Dihadiahkan iPhone...

Sudah jadi amalan biasa untuk ibu bapa janjikan hadiah menarik jika anak-anak mereka...

Gempa Bumi Landa Pantai...

TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 6.1 melanda pantai tenggara wilayah Mie, kata...

Terkejut Kawalan Ketat Punca...

PUTRAJAYA : Aktiviti kawalan penguatkuasaan yang amat ketat dikenal pasti menjadi antara punca...

Pelan Transformasi PBT Akan...

KUALA LUMPUR - Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang antara lain...

SMK Tinggi Kajang Juara Piala Mokhtar Dahari

PETALING JAYA – SMK Tinggi Kajang muncul juara kejohanan bola sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari selepas menumpaskan SMK Meru 1-0 pada perlawanan akhir hari ini.

Gol dijaringkan Aiman Ariff Suffian pada minit ke-15 pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya di sini.

SMK Tinggi Kajang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pingat dan piala pusingan manakala SMK Meru menerima RM7,000 dan pingat yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

SMK Sultan Sulaiman Shah, Kuala Selangor pula meraih tempat ketiga selepas mengalahkan SMK La Salle 2-0 semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Induk kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata 32 pasukan dari sembilan daerah di Selangor menyertai pusingan akhir kejohanan yang memasuki edisi kedua tahun ini.

“Kita mempunyai pasukan pemilihan yang telah mengenal pasti lebih kurang 30 pemain untuk diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). FAS kemudiannya akan menggarap dan mendidik mereka dan seterusnya kita berharap mereka akan mewakili Selangor atau negara pada masa depan,” katanya.


Sementara itu Pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Mustaffa Kamil Ayub berkata syarikat itu sebagai penaja utama kejohanan telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM150,000 termasuk jersi untuk lapan pasukan yang berjaya memasuki peringkat suku akhir.

“Tahniah kepada jawatankuasa yang menganjurkan kejohanan kali ini yang lebih baik dan berkesan berbanding tahun lalu yang tahun ini melibatkan semua sembilan daerah di Selangor.

“Kumpulan Perangsang Selangor akan cuba mengekalkan sumbangan yang agak besar untuk kejohanan tahun-tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]FVdBBOM0RZ8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori