Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pelantikan Shamsiah Simbol Kehormatan...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Datuk Nor Shamsiah Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia...

Belanjawan 2023: Aset Simpanan...

PETALING JAYA: Aset simpanan syariah dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diasingkan...

QZ8501 : BASARNAS Hadapi...

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia atau BASARNAS berdepan cuaca sukar untuk mencari kesemua...

Sedia Rombak Kabinet Jika...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersikap terbuka untuk melakukan...

SOSMA: Muhyiddin Dan Shafie Berdolak-Dalik – John Ambrose

KOTA KINABALU – Seorang Ketua UMNO Bahagian hari ini mendakwa Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menukar pendirian mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Datuk John Ambrose, yang mengetuai UMNO bahagian Penampang, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua dua mereka mengundi untuk menyokong SOSMA yang digubal di Parlimen.

“Mereka, pada masa itu, tidak menentang undang-undang berkenaan atau bersuara untuk menentangnya,” portal itu memetik beliau sebagai berkata.

Ambrose dilapor berkata demikian selepas Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri dan Anggota Parlimen Pagoh, serta Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Anggota Parlimen Semporna, menghadiri sidang akhbar anjuran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Sidang akhbar itu untuk membantah penggunaan SOSMA terhadap dua individu yang didakwa atas tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia.

Ambrose juga dilaporkan mengkritik Shafie kerana mempertikaikan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad dan menyatakan bahawa banyak perkara yang penting kepada rakyat masih lagi belum ditangani.

Ketua UMNO Bahagian Penampang itu berkata Muhyiddin dan Shafie merupakan anggota Kabinet kerajaan persekutuan sehingga Julai tahun ini dan isu 1MDB dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.


“Jadi mereka tidak boleh kata tidak tahu. Malah, Muhyiddin mempengerusikan satu daripada mesyuarat Kabinet apabila isu 1MDB dibincangkan dan semua isu telah diperjelaskan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ambrose berkata 1MDB yang melantik presiden baharu tahun ini, membentangkan program rasionalisasi dan pengurangan hutangnya kepada Kabinet pada Jun lepas, yang diluluskan Kabinet.

Beliau berkata adalah jelas 1MDB memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga hujung tahun ini untuk menyelesaikan rasionalisasi dan pengurangan hutangnya, dan Muhyiddin serta Shafie tidak menentang rancangan ini atau tidak bersetuju mengenainya.

“Sekarang Shafie dan Muhyiddin bercakap seolah-olah mereka tidak dimaklumkan mengenai fakta berkaitan 1MDB dan tidak menjadi anggota Kabinet yang meluluskan program rasionalisasi dan pengurangan hutang,” beliau dipetik sebagai berkata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori