Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

EMD Akan Dipasang Kepada...

KUALA LUMPUR - Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) akan dipasang kepada individu yang ditahan...

Tidak Perlu Layan Pemain...

KUALA LUMPUR - Pemain yang menolak panggilan mewakili skuad bola sepak kebangsaan tidak...

Pahang Di Kedudukan Selesa...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Pahang berada dalam kedudukan selesa untuk mara ke...

Kenali Dr. Fauziah, Rakyat...

BERITA kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva bersama-sama 13 ahli misi 'Women's Boat to Gaza' (WBG), yang ditawan tentera...

SPR Tak Halang Parti Politik Daftar Pengundi Baharu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menghalang mana-mana parti politik untuk mendaftar pengundi baharu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata berdasarkan kajian dan kaedah prosedur pendaftaran yang dibuat, SPR bagaimanapun berpendapat tiada keperluan untuk meneruskan pelantikan baharu bagi jawatan penolong daftar pemilih di kalangan wakil politik.

“SPR sentiasa menjalankan kajian menyeluruh dan lebih komprehensif terhadap kaedah dan prosedur yang sedia ada bagi memastikan kelancaran keberkesanan urusan pendaftaran pemilih,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) mengenai jumlah pengundi baharu yang didaftarkan SPR di setiap negeri sejak Mei 2013 dan meminta SPR menyatakan sebab menghalang parti politik mendaftar pengundi baharu serta mekanisme yang digunakan SPR untuk mendaftar pengundi baharu.

Azalina berkata SPR menerima sejumlah 373,467 pendaftaran sebagai pemilih baharu dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun kedua dari Mei 2013 sehingga Mei lepas.

Dalam usaha menarik lebih ramai warganegara mendaftar sebagai pemilih baharu, beliau berkata pelbagai usaha dijalankan SPR termasuk pendekatan pendaftaran pemilih secara bergerak dengan menggunakan kenderaan ‘karavan’.


“Kemudahan menggunakan kenderaan karavan itu akan memberi peluang kepada SPR menjalankan program turun padang outreach yang lebih agresif dan memudahkan orang awam untuk mendaftar sebagai pemilih,” katanya.

Azalina berkata SPR sentiasa menganjurkan aktiviti kesedaran yang berkesan termasuk menggunakan pelbagai saluran media dan membuka kaunter pendaftaran di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah, pusat rekreasi, kawasan penempatan penduduk, pusat latihan dan institut pengajian tinggi.

“SPR juga sentiasa terbuka untuk menerima jemputan bagi menyediakan kaunter pendaftaran pemilih dan pameran.

“Selain itu, individu yang berhasrat untuk menjadi pemilih boleh mengunjungi saluran lain seperti kaunter pendaftaran pemilih di Ibu Pejabat SPR Putrajaya, pejabat pilihan raya negeri, pejabat daerah dan tanah, pejabat Pihak Berkuasa Tempatan, pejabat pos terpilih serta kaunter bergerak SPR di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori